~Selamat Datang ke Dapur Eina & Family~






Terima Kasih Daun Keladi...

Thursday, June 30, 2011

MAMA BLEEDING...ANAK-ANAK HIGH FEVER...



Dugaan demi dugaan yang Allah uji untuk kami sekeluarga...hanya sabar dan doa yang dapat dipanjatkan...Malam kelmarin,tetiba je Eina bleeding,hubby pulak keje...Tuhan je tau ,cuak,sedih,takut n kepala dah fikir macam2...nak pegi hospital masa tu gak,anak2 dah tidur n xde sapa nak jaga...nak x nak terpaksa la kami tunggu pagi n biar anak2 pegi sekolah dulu...after anak2 g school,kami rushing ke hospital n siap kena marah ngan Mrs Doc sebab melambatkan & mungkin menyebabkan keadaan yang tidak diingini berlaku...

Ya Allah,Tuhan je tau perasaan Eina & En Hubby...kitaorang takut sangat...lepas checkup demi checkup & Mrs Doc pun scan...Alhamdulillah Mrs Doc cakap baby ok,sihat & bergerak...Ya Allah,masa tu rasa terus nak buat sujud syukur...tengok pulak baby tengah hisap jari dia...rasa nak mengalir air mata..terima kasih Ya Allah,kerana  masih membenarkan anakku melihat dunia nanti...

Then after check up kami balik rumah...anak2 pun balik dari sek PASTI...masa nak bukak uniform sek si Alang...Eina terpegang dahi dia..Ya Allah,anak aku demam...amik Doraemon (panggilan untuk termometer) & terus amik suhu badan dia...38.8'C...hah amik kau...kalut la pulak pujuk dia makan ubat...petang tu dia ok dah sikit,but then bila malam..kul 11 malam tadi,Eina tengah solat Isyak,tiba2 dengar dia nangis,masa tu dia dah tido...usai solat,Eina pegi dapatkan dia yang tengah berpangku dengan En Hubby...rupanya En Hubby dah amik temp dia..En Hubby kata dah 40'C...berlari la pulak mama dia ni g amik ubat "bontot"...terus masuk & jelum air x berenti...malam tadi memang x tido langsung...


Pagi ni rasa nak pengsan letih sangat...bawak Alang pulak g klinik...on da way balik dari klinik,dapat call dari Cikgu PASTI mengatakan Angah pulak demam kat sekolah...terus amik dia pulak kat sekolah..haishh macam2...

Sampai kat umah.,..telefon berdering lagi,Cikgu sek Along pulak call..Along pitam kat sekolah & demam..mak aiii....rasa nak menjerit..apa niiiii?????tunggu cikgu dia hantar dari sekolah...Along balik dah nangis2...bagi dia lunch,then suruh dia tido jap...pastu petang ni En Hubby sorang2 bawak dua beradik tu g hospital..Eina dah x larat...so 4 now...xde Entry masak2 ye..kami beli kedai je,x pun goreng telur..Eina pun x sihat sangat lagi..sorry guys..Allah sedang menguji..Alhamdulillah kami orang terpilih...

Sunday, June 26, 2011

SUKA-SUKI SUKAN ANAK2 PASTI 2011

Hari ni 1 hari lagi kami berjemur panas..dah sunburn gila muka nih...masak pun belum lagi...makan yang sek PASTI sediakan tadi..then petang ni goreng kopok lekor...jap2 lagi baru nak mula operasi kat dapur...x tau nak masak apa lagi ni....

Layan je lah ye gelagat anak2 ni....jangan muntah hijau sudah....tapi best gile sukan PASTI tahun ni...anak2 pun banyak hadiah...Encik Hubby pun x ketinggalan masuk acara..dia masuk acara tiup belon dapat 1st prize lagi...acara motor lambat dapat no 4...hehehe....

Alang excited nak start game...

Angah jadi tukang pegang bendera...

Sian Alang..dah la kecik..terkedek2 bawak bola yg besar dr dia..hihihi

Yeah..yeah..angah dapat no 1..ngan cikgu2 lari sama...

Yeayyy..dapat no 1...

Yeayyy..angah pun dapat no 1...

Alang tengah isi air dalam botol...

Koleksi hadiah tahun ni..yeahhh KAMI BOLEH...

Saturday, June 25, 2011

WARNA-WARNI SUKAN SK SERI KUNDANG 2011

Assalamualaikum..sorry lah ye..entry masak2 xde buat sementara waktu..bukan x masak,tapi masak yangsimple2 sangat cam goreng telur,goreng nasi...muahaha...tuan tanah busy campur MALAS sikit 2-3 hari nih..hari ni pulak 1 hari suntuk kat sek Along..ada hari sukan...bangga sangat sebab along jadi komander untuk pasukan PERKASA....nampak die dok berbaris tadi,rasa terharu je..ye lah kan..kita sebagai mak,mesti bangga x kira apa pun pencapaian anak kita kan...

Jom lah layan picture2 yang sempat snap tadi...penat wehhh..hari ni panas sangat...

Along merangkap komander pasukan PERKASA

Along & Alang (gelaran baru untuk adik)

Tengah bagi command sempat lagi tengok camera

Alang yang xde gigi sebuk kutip belon

Angah senyum terpaksa sebab baru lepas kena gigit semut (dia terpijak sarang semut)

Sorang Armor Hero,sorang Kamen Rider

Mama & Alang

Wednesday, June 22, 2011

WANITA YANG TIDAK DISUKAI LELAKI...

kredit to mr google

Santapan rohani di pagi hari...sebenarnya Eina baru beli satu buku yang amat bagus isi kandungannya...amat sesuai untuk wanita mahupun lelaki...buku hasil karya Muhammad Jaya terbitan Kemilau Publika Sdn Bhd ini banyak membicarakan isu fikah kontemporari digabungkan dengan ilmu perubatan khusus untuk muslimah,merungkai persoalan yang selalu wanita malu2 untuk berbicara khususnya tentang alam perkahwinan,kaedah mencegah barah rahim,payudara,penyakit kelamin dan banyak lagi...bagus tau buku ni..memang Eina cadangkan kawan2 beli khas untuk santapan rohani kita....

Ye lah kan..selama ni asyik bagi santapan pada tubuh badan je...sekali sekala rohani kita pun nak makan jugak kan...


Di kesempatan masa yang Allah bagi pada Eina pagi ni (cewahhh)....Eina nak kongsi sikit antara satu bab kecil yang terkandung di dalam buku ini..moga menjadi panduan buat kita semua...

WANITA YANG TIDAK DISUKAI LELAKI
Terdapat beberapa jenis wanita yang tidak disukai lelaki kerana dianggap menyusahkan mereka.Adakah kita tergolong dalam golongan @ jenis2 di bawah?

  1. Jenis Tuan Puteri - Gayanya seperti seorang puteri.Wanita seperti ini sangat manja,ego,suka disanjung dan dilayani. Mereka mahu hidup senang.Jika menghadapi kesusahan, mereka terus down. Mereka tidak tahan hidup susah.
  2. Jenis Paranoid - Wanita seperti ini sentiasa mencurigai pasangannya.Telefon bimbit pasangan akan sentiasa diperiksa,dompet akan dibongkar,selalu cemburu dan mungkin juga pasangan akan disoal siasat seperti polis menyiasat pencuri. Wanita seperti ini biasanya sangat posesif dan merasakan dia saja yang memiliki pasangannya.
  3. Jenis Pengeluh - Wanita seperti ini sangat lemah. Apabila ada sahaja masalah, dia akan menangis semahunya. Apalagi jika si lelaki membentaknya,pasti sahaja dia akan menangis seperti anak kecil kehilangan gula-gula. Ditambah pula dia lebih senang lelaki menyelesaikan masalah untuknya.
  4. Jenis Penyampai Radio - Kegemarannya adalah mengumpat dan memfitnah.Ada-ada sahaja karenahnya yang membuat lelaki @ wanita lain menggeleng-gelengkan kepala. Hidupnya menjadi sepi dan tidak berwarna jika tidak dapat memburuk-burukkan orang lain.
  5. Jenis Gunung Ais - Jenis wanita seperti ini biasanya susah diajak berbicara. Bibirnya jarang tersenyum. Susah untuk mengajaknya bergurau senda apatah lagi menggodanya.

Monday, June 20, 2011

MASAK LEMAK CILI API NANGKA MUDA & IKAN TALANG MASIN

Erkkk...dah petang ekkk??hihihi...lambat bersiaran hari ni...mak yung busy..ye la tuh busy...schedule penuh hari nih,adoyaiii penat pun ada...pagi  pegi checkup,balik checkup lipat baju,kemas rumah,masak...biasa la kan rutin harian...pastu basuh kain (tu pun mesin yang buat..hahaha)..sidai kain,amik anak balik sekolah..aduss....penat x habis lagi ni...

Korang masak apa ekk hari ni?Eina goreng ayam je, penat sangat...Masak Lemak Cili Api Nangka Muda & Ikan Talang Masin ni menu semalam..Ni kes teringin nak makan ni...balik keje semalam hubby pegi cari kat pasar bahan-bahan...hari ni pun continue makan lagi..lagi sedapp..kuah da pekat...hihihi...lauk ni lambat habis sebab Eina ngan Encik Hubby je yang makan...jom lah kita tengok resepi...main campak2 je ni..nak g blogwalking lak nih..hihihi

nampak x ikan talang yang nyorok2 manja tuh??

MASAK LEMAK CILI API NANGKA MUDA & IKAN TALANG MASIN
Bahan-bahan:-
200 gm nangka muda
100gm ikan talang masin - dipotong dan direndam sekejap
15-20 biji cili padi - diblender
Sedikit kunyit hidup - diblender
Sedikit serbuk kunyit
1 helai daun kunyit
2 batang serai - dititik
1 cawan santan pekat
Air secukupnya
Garam
1 sudu besar gula
1 keping asam gelugor

Cara-cara membuatnya:-
  1. Nangka muda dipotong ikut suka,kemudian dibasuh dan dimasukkan ke dalam periuk.
  2. Masukkan air dan 1 sudu besar gula...tujuan memasukkan gula adalah untuk mempercepatkan proses merebus nangka...ni petua orang2 tua..nanti nangka cepat empuk dan sedap...Biarkan nangka empuk dan toskan airnya
  3. Kemudian,masukkan semua bahan ke dalam periuk termasuklah nangka yang direbus tadi. 
  4. Kacau sentiasa agar santan x pecah minyak...awas,jangan letak garam terlalu banyak..takut "terover" masin sebab ikan talang tu kan masin...
  5. Bila kuah dah mendidih dan ikan talang tadi pun dah masak,bolehlah ditutup api..emm sedappp nyee...

Sunday, June 19, 2011

BLUEBERRY CHEESE TART BERBUNGA HIJAU & TIPS


Assalamualaikum and a very good morning....mood yang agak menggembirakan pagi ni...moga2 kegembiraan berterusan...biasa la kan kalau dah pregnant ni,mood tu tenggelam timbul...x tau la kenapa...kadang2 tersangat la sensitip nye makcik ni tapi yang paling ngeri nye...mood malas tu datang memanjang je..sabau je laa...masak lak asyik kena complain tawar je...haishhh,rasanya dah letak garam berkilo...ekekeke....

Nampak x cheese tart kat atas tu???comel x??muahaha...comotnye ya rabbi...maklumlah kan,mama ni kalut semacam...mood nak buat cheese tart ni datangnye dah pukul 7 petang...time tu lah nak mandi,time tu lah nak suap nasi anak,nak semayang maghrib n at the same time nak buat cheese tart....boleh ke gitu??x tau laa....

Comot kan???sebuk dengan 3 heroes tu lagi yang x sabar nak makan n nak deco...yang pecah pun ada shell die...si 3 heroes tu dok angkat2,belek2..and yang paling sadis,belum bubuh filling,habis dah 3@4 ketul shell dimakan dorang...Ya Allah,rasa nak pengsan tang tu jugak..sabau je laa...dah memang faveret dorang kan,apa nak kata,redha je laaa....

Blueberry Cheese Tart ni Eina buat khas untuk sambut father's day hari ni....Alhamdulillah,untuk 1st timer buat cheese tart,menjadi la jugak walaupun agak comot...cheese tart ni amatlah sedap..cam beli kat King's je...sebijik rasa die tau..rugi x cuba...memang berbaloi....sebenarnye dah berkurun lama Eina beli cream cheese ni,tapi disebabkan morning sickness nye pasal,hampir nak kejung cream cheese dlm peti ais...hahaha...

Sebenarnya,Eina dapat resepi ni dari blog my laling yang dok nun jauh kat Finland, mY laling Kak Nieza....akak,Eina mintak halal ye resepi ni...nak C&P je ni....Kak Nieza lak dapat resepi ni dari dapur Kak Azita, yang siap dengan demo dan tips sekali....tq ye kekanda berdua...memang mabeles...thumbs up!!!!

Tapi deco Eina ni lain pulak..warna green lak kat atas tu..hehehe,selongkar punya selongkar,warna purple da finish...so green color pun green color lah...jom2 layan resepi sedap nih..

fresh from cik oven

BLUEBERRY CHEESE TART

Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
(eina guna gula castor)
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak. (eina bakar dalam 20-25 minit)

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.


Cream Cheese Filling 

Bahan-bahan :
250gm cream cheese 
(eina guna brand tartura)
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.


Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman Kak Azita...) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan.JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.

HAPPY FATHER'S DAY !!!!


Dimulakan dengan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.......

Lamanya x berN3...Agaknye ada dalam 4 bulan...dok tenggelam timbul...Alhamdulillah morning sickness dah makin berkurangan...mood ke dapur pun dah makin baik,maklum je lah...dah 4 bulan x dapat masak yang special2 untuk anak2 dan suami...sian diorang,mama masak yang simple2 je...hehehe...

Sempena FATHER'S DAY hari ni....semalam Eina baked blueberry cheese tart special to En Hubby...tapi sedikit sedih sebab x dapat bagi my dad sebab beliau nun jauh kat Kelantan....Father in Law pulak lama dah xde....terasa rindu pulak pada FIL yang sungguh baik semasa beliau masih ada...kehilangan beliau amat kami rasai...moga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....Al-Fatihah untuk arwah MOHAMED JAAFAR BIN ABDUL GHANI...

Bersempena Father's Day hari ini....Eina ingin mengucapkan HAPPY FATHER'S DAY to my beloved Encik Hubby and also my dearest Ayoh....Baba (Encik Hubby),terima kasih kerana menjadi baba yang baik dan tegas serta sabar dalam mendidik dan membesarkan 3 heroes kita yang agak naughty....kami hargai apa yang baba lakukan selama ini...moga baba sentiasa diberikan kesihatan yang baik,panjang umur dan sentiasa berada dalam lindunganNya...aminnn

Buat Ayoh yang amat along sayangi...along really missed u...dah menitik air mata dah ni..adoyaiii...rasa x dapat nak teruskan dah...Alhamdulillah Ya Allah kerana memanjangkan umur Ayahku dan memberikan kesihatan yang baik kepada beliau....AYOH, SELAMAT HARI BAPA....terima kasih kerana menjadi ayah yang sungguh baik,memahami dan sabar dalam mendidik kami 5 beradik..sesungguhnya kami banyak menyusahkan ayoh selama ini...Allah saja yang dapat membalas jasa dan pengorbanan ayoh kepada kami selama ini...we really loved u ayoh....doa kami,moga Allah panjangkan umur ayoh sebab kami masih perlukan kasih sayang ayoh dalam hidup kami,moga Allah berikan kesihatan yang baik agar ayoh dapat beribadat dengan sempurna...Aminnn...

Dan buat semua papa/baba/daddy/ayah/abi....HAPPY FATHER'S DAY....moga menjadi ayah yang lebih baik di masa akan datang....

Encik Hubby

Ayoh

Thursday, April 21, 2011

AWARD DARI NOORSAFONE....

Assalamualaikum n good morning!!!
Lamanya x sapu habuk kat sini...sian pulak pada yang sudi singgah..mintak maaf bebanyak ye...tuan tanah x berapa sihat...semalam satu hari x bangun..hari ni alhamdulillah boleh makan dah sikit2...ada la tenaga sikit kan...

Bukak je pintu,nampak satu award dari blog STORY OF MAMA milik kak NOORSAFONE...time kasih ye kak sebab menghargai kami sebagai followers akak...



Tqvm  kak noor..moga persahabatan kita di alam maya akan berterusan hingga akhir hayat n moga dapat bertemu di alam nyata nanti..insyaallah...

Kepada kawan2 yang sudi singgah sini...jutaan terima kasih buat anda semua....sorry sebab Eina x sempat nak berkunjung balas..Insyaallah..jika ada kesempatan n dipanjangkan umur,Eina akan duduk melanguk lagi kat dapur2 anda semua..hahaha..hingga ketemu lagi ye....

Wednesday, March 30, 2011

CONFIRM!!!

Assalamualaikum n selamat pagi..minta maaf banyak2 bcoz lately memang xde entry....memang CONFIRM ahli keluarga Eina akan bertambah x lama lagi...maybe the end of this year...mengikut perkiraan 1st December 2011 ahli baru tu akan keluar melihat dunia...Alhamdulillah syukur...moga2 doa kami selama ini untuk mendapat baby girl akan dimakbulkan oleh Yang Maha Esa..Doakan kami ye...

Eina pun tengah ade morning sickness on & off...kadang2 pagi,petang @ malam..ikut suka hati die je lah kan..hehehe..tu yang activity memasak pun agak berkurangan..kalau masak pun yang biasa2 je..x larat nak buat entry...minggu ni masuk 3 weeks..amat baru...tapi kami gembira menerima berita ini....


Week 3 of pregnancy - kredit to www.squidoo.com


Most women don't experience the classic symptoms of pregnancy - morning sickness, fatigue until after they miss their first missed period. If you were not planning to get pregnant, milder symptoms or changes will go unnoticed or be confused with menstrual symptoms.

You would probably dismiss feelings of fatigue, breast tenderness and nausea and blame these symptoms on other factors such as being overworked, premenstrual hormones and your last night dinner respectively. You may be very well into your third month before you decide to do a home pregnancy test to confirm.



If luck is on your side, the sperm and egg will hook up as planned.The zygote (fertilized egg) goes on a 3 day journey from the fallopian tube to the uterus; a further 3 days of development before the zygote makes the uterus its temporal home for the next 9 months or so.

Friday, March 25, 2011

PAPRIK AYAM II


Assalamualaikum n good morning!!!wahhh..pepagi buta dah tayang lauk nih...hahaha...jangan terkujat....ni lauk semalam...feveret anak-anak...

Actually..sorry bcoz Eina ni tenggelam timbul sikit...hari tu anak x sihat..sekarang ni giliran Eina pulak...x tau la semalam 1 hari muntah-muntah..x makan pape pun..haishhh..merana badan..pening2 bagai..hubby Eina tanya,nak tambah ahli keluarga ke??hihihi..sesuka hati je....

Eina x leh nak bebel lama2 nih...kepala ting tong sikit....tekak mual je...nak makan apa x tau..buat kawan2...sory sesangat..x sempat nak BW...nanti Eina dah sihat sikit..Eina g sepah dapur korang ek...-:)

Jom layan resepi mudah ni


PAPRIK AYAM  II
Bahan-bahannya:-
  • 3 ketul isi ayam - dipotong dadu
  • 2 batang kacang panjang - dipotong lebih kurang 2cm
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat2
  • 1 biji tomato - dibelah 6
  • 4 helai daun limau purut - diracik / dipotong2 sikit utk keluarkan aroma
  • sedikit halia - dipotong memanjang
  • 1 sudu besar cili giling / cili kisar
  • 2-3 sudu besar kicap manis
  • Minyak untuk menumis
  • Garam
  • Gula

Cara-caranya:-
  1. Panaskan minyak. Tumiskan cili giling hingga garing
  2. Masukkan bawang besar,halia dan serai...Masak hingga naik aroma yang wangi ...
  3. Masukkan ayam,kicap,daun limau purut dan kacang panjang...Masak hingga ayam tadi empuk dan masak sepenuhnya...
  4. Akhir sekali masukkan garam,gula,tomato dan daun limau purut...
  5. Dah siap!!! Apa lagi,makan ler...hehehe...

Tuesday, March 22, 2011

MASAK LEMAK CILI API BABAT(PERUT LEMBU) DENGAN REBUNG


Assalamualaikum dan selamat petang..minta maaf kerana lama x bersiaran...anak Eina masih tidak sihat sepenuhnya..hari tu ingat dah ok...tapi malam kelmarin demam panas dia kembali tinggi...sampai mencecah 39.5'c...semalam dari klinik terpaksa di transfer ke Emegency Department Hospital Sungai Buloh...bukan apa doktor risau takut ada virus atau jangkitan kuman pada paru-paru adik...alhamdulillah,result darah adik ok..xde apa2 cume mungkin sebab keadaan cuaca sekarang ni..now just continue dengan antibiotik n ubat demam...harap2 cepatlah baik..x nak lah sampai admitted kan....

Menu  MASAK LEMAK CILI API BABAT(PERUT LEMBU) DENGAN REBUNG ni Eina masak atas permintaan En Hubby....tapi bagi Eina letak daging lagi sedap...

Ok,x leh nak bebel banyak2...ni pun curi masa sebab adik baru tidur...Angah pulak mintak nak makan nasi ni....hihihi..letih x yah cakap la..dah 5 mlm berturut2 Eina x dapat tidur..tengah hari pun x leh tidur..kalau leh tidur pun sejam dua je...jom layan resepi...


MASAK LEMAK CILI API BABAT(PERUT LEMBU) DENGAN REBUNG
Bahan-bahannya:-
300 gm babat - direbus hingga masak dan airnya dibuang
100 gm rebung jeruk (rebung yang direndam dengan air tuh)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit kunyit hidup
10 biji cili padi
1 cawan santan pekat
sedikit serbuk kunyit
Air secukupnya
Garam
2 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit

Cara-caranya:-

  1. Bawang merah,bawang putih,halia,kunyit hidup dan cili padi dikisar halus
  2. Masukkan semua bahan termasuk bahan kisar ke dalam periuk
  3. Masak hingga mendidih dan rebung masak sepenuhnya...
  4. Kuah hendaklah sentiasa dikacau agar kuah tidak pecah minyak...
  5. Dah siap..sedia dimakan bersama nasi hangat,sambal belacan dan ikan masin goreng...

Saturday, March 19, 2011

ALHAMDULILLAH


Alhamdulillah..adik dah beransur baik dari demam panas..dah dua malam berturut2 Eina x tido sebab berjaga malam...kepada kawan2 yang mendoakan,terima kasih di atas doa kalian semua..Allah saja yang mampu membalasnya....

Thursday, March 17, 2011

SOFT BUTTER BUN


Assalamualaikum n selamat petang.....sorry ye kawan-kawan,Eina x leh nak membebel banyak-banyak hari ni,anak Eina yang paling kecik demam panas pulak,siap muntah-muntah bagai...ni pun curi-curi masa ni...die baru tido tu....

Roti ni Eina try buat semalam...1st project "meroti" dalam hidup..yang macam siput pun ade...yang macam ulat gonggok pun ade...ekekeke...jadilah kan,orang kata asal mencuba..kalau x cuba x tau kan....walau pun rupa x seberapa,tapi sekejap je licin....

Eina skodeng resepi ni dari dapur MamaFami yang memang femes n terkenal dengan "kekereatifan" membuat roti....tapi memang recommended lah roti ni...memang sedap sangat...untuk filling Eina letak sosej n inti kacang merah homemade punya....jomlah kita tengok resepinya...sorry ye Eina kena stop aktiviti blogwalking buat masa ni,anak demam...Mamafami , Eina mintak izin C&P resepinya kat sini ye untuk rujukan pada masa akan datang...mintak halal ye...tapi kan Eina ada ubah sikit-sikit....

macam ulat gonggok tak?hihihihi....

SOFT BUTTER BUN
source: MamaFami and Channel 2004 via Noor Masri

Ingredients :
140 ml water - eina guna air suam
1 egg - eina guna telur saiz A
30g caster sugar
1 teaspoon salt
1/2 teaspoon bread softener (I added) - eina pun letak jugak
250g high protein flour - eina guna tepung roti
50g superfine flour - eina guna tepung roti
2-1/2 tablespoons milk powder (I used Fernleaf) - eina guna susu Nespray
1-1/2 teaspoon dried instant yeast
30g margarine, at room temperature
enough sausages
enough chocolate filling
red cherries and sesame seeds for decoration

For glazing :
1 egg + 1 tablespoon fresh milk
margarine - for brushing after the buns are out of the oven

Method (using bread maker) - eina uli dgn tangan je.... :
1. Pour water, egg, sugar, salt and bread softener into the bread maker pan. Top it with high protein flour, superfine flour, milk powder and yeast.
2. Set the breadmaker to Dough function.
3. Once the dough is just combined, add in butter and leave the Breadmaker to continue doing it's job. This process will take about 1 1/2 hour including prooving.
4. Divide the dough to 55g each and shape into small balls.
5. Let them rest for 10 minutes.
6. Ready to be shaped. Let rise until almost doubled in volume.
7. Before baking, brush the dough with egg wash.
8. Bake for 20 - 25 minutes in a preheated oven at 200 C, or until the bread is golden in color.
9. Once out of the oven, brush with a bit of margarine.
10. Let cool. Keep in an airtight container.

Nota:
Eina bancuhkan yis + sedikit gula + air suam dan biarkan selama 10 minit...sebab Eina uli guna tangan....Eina pernah dengar pantang larang yang Yis x boleh bertemu dengan garam sekaligus...nanti yis akan mati...tapi kalau guna breadmaker ok rasanya....semua bahan boleh masuk sekaligus...

Roti yang ni sebenarnya ade ceri kat tengah..tapi telah dicilok oleh si kecik..hihihi

Yang ni x tau la nak dikategorikan sebagai ulat apa...korang decide sendirilah ye..hahaha...betapa kerastangan nye Eina ni kan...

Tuesday, March 15, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN (KELANTAN)


Marathon sungguh Encik BA nih...habis segemen di buatnya..jelajah blog punya pasal nih..aku pun marathon gak la...penat wehh kejar..ni pun nasib baik ternampak...kali ni Encik Ben kita nih wat Segmen BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN pulak...hehehe..ni hok buat kawe banggo nih....kawe buleh kecek kelate la nih..kalu x pehe,demo g goole la deh..

Sapo-sapo hok nok join buleh jale-jale sini tengok link dio deh...BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN (KELANTAN)

Syarat-syarat segmen ni lagu ni deh:-

Sila ceritakan latar belakang anda ..
Sayo ni anok jati Kelate..anok ke4 dari 5 beradik...Nikoh dalam usia mudo..19 tahun...loni ado 3 ore cahayo mato penyeri hidup...buah2 belako weii...loni sayo menetap di Rawang,Selangor...tapi gak rindu weii nok kelik Kelate...rindu ko masakae Kelate hok sedap2 tuh...sayo ni mudoh mesro dengan sesiapo sajo...asalkan ore tu pun tidok wat perangai kokse nga sayo...sayo bereh jah...

Profesion anda sekarang ?
Hihihihi...ni nok suko nih...sayo ni ado degree,tapi degree sayo,sayo gantung dinding...loni sayo jadi surirumah sepenuh maso...best weii boleh jago anok sendiri..sekure-kurenyo kito boleh tengok anok2 membesar depe mato..x payoh mikir2 jauh anok keno dero ko ngasuh...

Blog favourite anda .. kenapa ?
Huk aloh,hok ni hok payoh nok jawab nih...sebenarnyo sayo suko belako blog mano2 pun terutamo blog masok-masok lah..sapa cik abe sayo kato..."mama ni xde keje lain ke??dok ngadap blog masak2 je.."hehehe...dio kecek gitu mugo dio ore Sg Buloh..kecek luaww la dio..hahaha...

Blog yang anda tak suka nak masuk .. kenapa ?
Blog porno lah..wat gapo masuk blog lagu tu??dosa pun buleh dok???kijoan sio-sio tuh...

Impian anda terhadap blog anda ..
Impian dih???impian sayo x besar cumo berharap blog sayo ni menjadi rujukan anok cucu sayo pado maso akan datang jah..mano tau puok dio nok tau,gapo hok nenek moyang dio ni selalu masok dulu-dulu..tu jah...






GOMO KELATE GOMO

CENCARU BAKAR SUMBAT KELAPA


Assalamualaikum dan Selamat Pagi!!! Yeehaaaaaaaaa!!!Makcik suka nih...makcik dapat komputer ni pepagi buta nih..biasa2 hero2 tu ambik alih wat main game..tapi hari ni Eina umpan dengan ratah milo sambil tengok NARUTO...hahaha...jahat wehhh...Along lak g tuition,lagi senang nak pujuk adik-adik...muahaha(sila gelak dalam nada jahat)...

Tak sabar nih nak g melanguk kat dapur kawan-kawan,mana lah tau dapat rasa sikit-sikit jadi lah kan...CENCARU BAKAR SUMBAT KELAPA ni sebenarnya lauk semalam...jangan mintak eh,,bukan kedekut tapi dah licin...makan ni dengan tomyam ke,singgang ke..memang sedap nih..gandingan mantap...

Ikan ni rasa pedas,masam n lemak-lemak gitu...meh-meh kita tengok camne bahan-bahan n cara-cara nak buatnya (psttt..bukan apa,takut NARUTO dah habis,x sempat makcik nak g redah dapur orang...hihihi)..nak cepat nih....


CENCARU BAKAR SUMBAT KELAPA
Bahan-bahannya:-
2 ekor ikan cencaru - dibelah belakang,dibuang perut & insang,cuci & toskan
1/2 biji kelapa parut
6-7 biji cili padi - bergantung pada tahap kepedasan yg anda suka
1-2 biji limau kasturi - bergantung kepada tahap masam yg anda kehendaki
1 helai daun kunyit - dihiris halus
Belacan
1 sudu teh garam

Cara-caranya:-
  1. Tumbuk cili padi dan belacan hingga lumat
  2. Masukkan jus limau kasturi dan garam kedalam lesung tadi,gaul biar sebati
  3. Masukkan kelapa parut sedikit demi sedikit ke dalam lesung, tumbuk sikit je, jangan sampai kelapa tadi hancur...tujuan menumbuk kelapa ni adalah untuk mengeluarkan sedikit rasa lemak...
  4. Kemudian masukkan pula daun kunyit tadi n gaul sebati
  5. Setelah selesai, sumbat pada bahagian belakang ikan cencaru tadi
  6. Biarkan selama 15 minit - 1/2 jam...tujuannya,nak bagi bahan2 tadi meresap ke dalam ikan
  7. Kemudian bakar seperti biasa...Eina bakar atas dapur gas je...nak bakar dalam oven pun boleh..bakar hingga masak ok!!
  8. SELAMAT MENCUBA!!!!

Sunday, March 13, 2011

PULUT SERI KAYA


Assalamualaikum n selamat malam...wahhh rindunya nak menulis n blog walking umah kawan-kawan semua..tapi x berkesempatan sejak akhir2 ni,maklumlah cuti sekolah dah bermula...jadi lappy n komputer di miliki sepenuhnya oleh 3 hero tuh...aduhaiii sabar je lah....

Sebenarnya pulut serikaya ni dah lama Eina buat,cuma segan nak letak sebab x seindah dan secantik yang kekandaku sayang ni buat....Eina skodeng resepi ni dari dapur Kak Yatie....kalau koranmg tengok yang dia buat,licin je potongannya..nampak sedap je..tapi Eina buat ni sememeh je nampak..sebab apa tau??x sempat sejuk kuih ni,baru je keluar pengukus,anak2 dah sibuk suruh potong...kuih talam macam ni memang menjadi kuih feveret dorang...sekejap je setengah talam dah licin...kalau nak tengok yang lagi cantik kuihnye sila ke umah Kak Yatie ye...

Kot ye pun,color kuih ni pun x cantik sebab umah Eina xde stock coklat emulco...jadi color lapisan atas tu bergantung kepada color gula merah je lah...tu pun Eina x pakai gula merah tapi gula kabung..hehehe....

Kak Yatie,mintak halal ye Eina amik resepi sedapp ni..Eina minta izin untuk share kat sini pulak...tqvm dear...



PULUT SERI KAYA
Bahan lapisan bawah:-
2 cawan beras pulut
1 1/2 cawan santan cair( biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit je)
1/2 sk garam
1 sb minyak

Cara Untuk Lapisan Bawah:-

  1.  Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2.  Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  3.  Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pun boleh. Alas loyang dngn plastik.
  4.  Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5.  Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  6.  Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat. Siap untuk     dilapis dgn lapisan atas. (Eina tekan pakai plastik)
  7. Sementara menunggu lapisan bawah masak, bolehlah siapkan bahan2 utk lapisan atas

Bahan lapisan atas:-
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
3/4 cwn gula merah/brown sugar/gula melaka - Eina guna 4 keping gula kabung
1/2 cwn gula pasir
2 biji telur
2 cwn santan pekat
1 cwn air (utk di masak bersama gula merah dan gula pasir)
1/2 sk garam
sedikit coklat emulco(warna gelap sikit) - x letak,xde stok

Cara Untuk Lapisan Atas:-

  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cwn air dan tapiskan....sejukkan sebentar.
  2. Satukan tpng gandum, tpng beras dan tepung jagung ke dlm mangkuk besar.
  3. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam.
  4. Di ikuti dgn air gula yg telah sejuk.
  5. Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.(Eina pun blend)
  6. Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja)Sekali lagi dgn kukus yg    sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 20 minit saja.
  7. PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
  8. Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin.


Friday, March 11, 2011

SEGMEN:ADA BERANI DIREVIEW???


Ape ke hal lak tiba2 ada picture katak hijau tu eh??depa-depa tangan lagi..comei la tuh eh..heheh,don't worry  katak..memang comei pun...ni katak educated punya nih....(apalak MamaEina bebel pasal katak ni eh)

Meh meh sini belake...dengar sini teman nak kabo nih...ada satu blog nih,kepunyaan adindaku yang baru saje Eina kenal di alam maya nih..asal kenal dari Kelab Blogger Encik Ben Ashaari..pastuh chat2 kat facebook..pastuh jadi tutor Eina untuk blog...hehehe...bukan calang2 orang nih...blog ni kepunyaan JUNKO EL HIDA...sekarang die tengah anjurkan segmen ADA BERANI DIREVIEW??


Adoyaiii..tengok tajuk pun dah seram nih..tapi demi memeriahkan majlis orang kata..akak sahut lah cabaran Junko ni ye dik...ko review lah camne pun blog akak nih..aku pejam mata je lah menerima...hehehe....harap2 review yg baik2...kalau ada cacat cela pun nak wat camne kan..kite rasa blog kita nih da ok dah...tapi pada kaca mata orang lain kita x tau kan...

Syarat2 segmen beliau adalah:-

a)BUAT SATU ENTRY DENGAN TAJUK SEPERTI DI ATAS

b)LETAK HEADER SEPERTI DI ATAS

c)KENAPA KALIAN MINAT UNTUK REVIEW BLOG KALIAN
Hah,ni memang soalan maut nih...takut makcik nak jawab..hehehe..jawapan akak ialah saja suka2 n untuk  memeriahkan majlis n nak tau jugak pendapat yang lain mengenai blog akak nih..asyik dapat comment yang manis2 jek..kang kencing manis lak aku..hehehe..cuba bagi yang pahit2 n masam2 sikit...saja nak balance...hihihihi...jawab Junko..jawab..matilah sekali ni kena komen kaw kaw punya...

d) PENDAPAT KALIAN MENGENAI BLOG MELAYU FRUSTASI
Hihihi...ni suka nih...bukan nak kutuk nih..puji melabung tinggi nih...blog Junko bagus,cantik,banyak info n senang nak upload...cuma satu benda yg agak mengganggu mata akak kalau ke sana..katak yg cakap Yoo kat tepi sebelah kanan tuh..asyik mengikut je org keatas die keatas..orang ke bawah die ke bawah...hihihi(gurau je wehhh)..blog awak memang best..x tipu nih...

e)HANTARKAN LINK KE BAHAGIAN KOMEN BLOG MELAYU FRUSTASI
  Sape2 yang nak join n berani untuk direview meh sama2 kita join kat sini...

CHICKEN GINGER SLICE & ONION aka AYAM HALIA


Assalamualaikum n Morning..yuhuuuuuuuuu...wat pe tu??dah breakfast ke semua???

Sabau je la kan..pepagi buta tayang lauk..ni sebenarnya lauk semalam..dah try utk buat entry dari malam tadi..tapi x boleh..nape ntah ngan tenet kat umah ini..memang harus jadi gulai jugak P1 Wimax nih...


Ayam halia ni merupakan menu kegemaran anak-anak jugak....ye lah kan,once kite dah bergelar Ibu...apa yg anak2 suka makan mesti kita cuba untuk masak....biasanya menu ni kami akan order apabila keluar makan kat kedai2 tomyam...kalau order sikit memang x cukupla jawabnya...

So,one day...Eina beli kiub pati ayam Knorr n dapat resepi ni dari buku resepi Knorr...tetapi Eina dah olah resepi ni mengikut kesesuaian anak tekak kat umah ni...hihihi...jom layan resepi dulu..mana lah tau ada yang nak cuba kan...

Pstt...sorry sangat2 kalau mutu pic x elok...Eina pakai kamera tepon cap ayam je ni....kamera Encik hubby tuh Eina x reti nak guna..kang godek2 salah tekan lak..melalak lak kang mulut die...hehehe....



CHICKEN GINGER SLICE & ONION aka AYAM HALIA
Bahan untuk sos:-
1 kiub pati ayam Knorr @ Maggi -dihancurkan
200 ml air + 1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil kicap cair
1 sudu besar sos tiram

Bahan-bahan untuk perapan ayam:-
1/2 kiub pati ayam Knorr @ Maggi - dihancurkan
3-4 keping dada ayam - didadu
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil minyak bijan

Bahan-bahan lain:-
Minyak untuk menumis
2 inci halia muda- dihiris memanjang (Eina letak halia tua,lagi sedap)
5 batang daun bawang - dihiris memanjang (x letak,xde stock)
1/2 biji bawang besar - dipotong bulat
Daun sup - dihiris

Cara-cara membuatnya:-

  1. Perapkan ayam bersama bahan2 perapan selama 1/2-1 jam
  2. Masukkan bahan2 sos kedalam mangkuk ,kacau & ketepikan
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan halia sehingga terbit bau. 
  4. Ketepikan halia,dan dengan menggunakan minyak yang sama untuk menggoreng halia tadi,masukkan ayam yang telah diperap,goreng dengan api yang besar sehingga ayam tadi masak - lebih kurang 2 minit
  5. Masukkan pula bawang besar dan kacau rata.
  6. Kemudian masukkan bahan2 sos (kacau bahan sos agar tepung jagung menjadi larut dan sebati) ke dalam kuali dan kacau.
  7. Apabila sos menggelegak dan pekat,masukkan daun bawang dan daun sup.
  8. Masak lagi selama 1 minit dan bolehlah ditutup api
  9. Masukkan ke dalam mangkuk@pinggan yang sesuai dan taburkan daun sup di atasnya..emmm yummy...yummy!!!!!


Thursday, March 10, 2011

TAHNIAH!!!!


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi...puji-pujian hanya untuk mu Ya Allah...x terniat pun untuk membangga diri...cuma seorang Ibu sudah semestinya akan berbangga dengan setiap pencapaian anak-anaknya...

Hari ni,tanggal 10hb Mac 2011...anak Eina yang sulong telah diberi kepercayaan oleh guru-guru sekolah dia untuk menerajui pasukan nasyid sekolahnya aka SOLO Nasyid....dan sekolah Along telah mendapat tempat ke3 untuk peringkat zon...Alhamdulillah walau nombor berapa pun..saya tetap berbangga dengan anak yang telah saya lahirkan,didik dengan seikhlas hati,dibajai dengan kasih sayang yg x berbelah bahagi..sob..sob..sedih n bangga...hehehe...

TAHNIAH ALONG!!!MAMA BANGGA MEMPUNYAI ANAK SEPERTI ALONG...MOGA TERUS MENJADI KEBANGGAAN KAMI SEKELUARGA..AMINN


Along, si tembam kebanggaan Mama n Baba

Wednesday, March 9, 2011

STEW AYAM MAMAEINA


Assalamualaikum & selamat malam...apa khabar hari ni??dah makan malam ke???sorry lambat bersiaran hari ni...ada hal sikit...

Tapi hari ni betul2 membuatkan Eina teruja untuk terus berkongsi resepi...sebab apa tau??Eina buka je blog hari ni...dah ada 60 followers...Ya Allah,terperanjat makcik...Alhamdulillah,syukur pada Tuhan..x sangka blog blogger yang masih bertatih seperti baby macam Eina ni pun ade yang nak singgah...(ehh!!betul ke ayat aku ni..hehehe)...terima kasih yang x terhingga buat Encik Ben Ashaari (walaupun saya tau En Ben x singgah kat blog picisan saya ni..hehehe) yang telah melancarkan segmen TERJAH BLOG 2011:KATEGORI IBU...

Ok..kembali pada tajuk yang asal..hehehe...hari ni Eina masak STEW AYAM yang sangat mudah & simple tetapi sangat sedap...tu mengikut kata2 pemakan2 kat rumah ni lah...Eina selalu juga masak STEW AYAM ni sebab dah menjadi lauk feveret anak2...asal resepi ni dari x tau nak masak apa & just campak2 pada mulanya then dah jadi lauk rutin jugaklah kat rumah ni...sampaikan,selagi x habis la lauk & nasi...selagi tu lah anak2 x berhenti makan...hehehe...

Ok...jomlah kite semak resepi..dah melalut-lalut dah ni....


STEW AYAM MAMAEINA
Bahan-bahan untuk perap ayam:-
8 ketul ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat ABC
6-7 sudu besar kicap manis cap kipas udang
Sedikit serbuk lada putih (pepper)

Bahan-bahan tumis:-
Minyak masak untuk menumis
5 biji bawang merah - dihiris halus
3 ulas bawang putih - dihiris halus
1 inci halia - dihiris halus

Bahan-bahan lain:-
1 kiub pati ayam MAGGI @ Knorr
Garam
Gula
Daun sup - untuk hiasan
2 paket kecil cendawan Enoki
1/2 batang carrot - didadu
2 biji kentang - didadu (tapi kali ni Eina x letak,dah habis stock)
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung jagung + sedikit air
3 cawan air
4-5 biji cendawan shitake - dipotong ikut suka (kali ni Eina x letak,dah habis stock)

Cara-caranya:-

  1. Perapkan ayam dengan bahan2 perap selam1-2 jam....lebih lama lagi sedap...
  2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan2 tumis.Tumis hingga garing & naik baunya
  3. Masukkan pula ayam yang telah diperap dan biar selama 5-10 minit @ sehingga bahan perapan tadi sebati dan sedikit kering...
  4. Masukkan air,garam,gula,kiub pati ayam,kentang,cendawan shitake & carrot dan biarkan menggelegak selama 30 minit atau sehingga ayam masak...sebenarnya lebih lama dimasak lebih sedap lauk ni...
  5. Setelah itu masukkan serbuk lada hitam,cendawan Enoki & juga bancuhan tepung jagung dan air.Biar sekejap dan bolehlah ditutup api
  6. Sendukkan di dalam mangkuk yang sesuai dan taburkan dengan hirisan daun sup