Assalamualaikum dan selamat petang..minta maaf kerana lama x bersiaran...anak Eina masih tidak sihat sepenuhnya..hari tu ingat dah ok...tapi malam kelmarin demam panas dia kembali tinggi...sampai mencecah 39.5'c...semalam dari klinik terpaksa di transfer ke Emegency Department Hospital Sungai Buloh...bukan apa doktor risau takut ada virus atau jangkitan kuman pada paru-paru adik...alhamdulillah,result darah adik ok..xde apa2 cume mungkin sebab keadaan cuaca sekarang ni..now just continue dengan antibiotik n ubat demam...harap2 cepatlah baik..x nak lah sampai admitted kan....
Menu MASAK LEMAK CILI API BABAT(PERUT LEMBU) DENGAN REBUNG ni Eina masak atas permintaan En Hubby....tapi bagi Eina letak daging lagi sedap...
Ok,x leh nak bebel banyak2...ni pun curi masa sebab adik baru tidur...Angah pulak mintak nak makan nasi ni....hihihi..letih x yah cakap la..dah 5 mlm berturut2 Eina x dapat tidur..tengah hari pun x leh tidur..kalau leh tidur pun sejam dua je...jom layan resepi...
MASAK LEMAK CILI API BABAT(PERUT LEMBU) DENGAN REBUNG
Bahan-bahannya:-
300 gm babat - direbus hingga masak dan airnya dibuang
100 gm rebung jeruk (rebung yang direndam dengan air tuh)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit kunyit hidup
10 biji cili padi
1 cawan santan pekat
sedikit serbuk kunyit
Air secukupnya
Garam
2 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit
Cara-caranya:-
- Bawang merah,bawang putih,halia,kunyit hidup dan cili padi dikisar halus
- Masukkan semua bahan termasuk bahan kisar ke dalam periuk
- Masak hingga mendidih dan rebung masak sepenuhnya...
- Kuah hendaklah sentiasa dikacau agar kuah tidak pecah minyak...
- Dah siap..sedia dimakan bersama nasi hangat,sambal belacan dan ikan masin goreng...








