~Selamat Datang ke Dapur Eina & Family~






Terima Kasih Daun Keladi...

Tuesday, March 22, 2011

MASAK LEMAK CILI API BABAT(PERUT LEMBU) DENGAN REBUNG


Assalamualaikum dan selamat petang..minta maaf kerana lama x bersiaran...anak Eina masih tidak sihat sepenuhnya..hari tu ingat dah ok...tapi malam kelmarin demam panas dia kembali tinggi...sampai mencecah 39.5'c...semalam dari klinik terpaksa di transfer ke Emegency Department Hospital Sungai Buloh...bukan apa doktor risau takut ada virus atau jangkitan kuman pada paru-paru adik...alhamdulillah,result darah adik ok..xde apa2 cume mungkin sebab keadaan cuaca sekarang ni..now just continue dengan antibiotik n ubat demam...harap2 cepatlah baik..x nak lah sampai admitted kan....

Menu  MASAK LEMAK CILI API BABAT(PERUT LEMBU) DENGAN REBUNG ni Eina masak atas permintaan En Hubby....tapi bagi Eina letak daging lagi sedap...

Ok,x leh nak bebel banyak2...ni pun curi masa sebab adik baru tidur...Angah pulak mintak nak makan nasi ni....hihihi..letih x yah cakap la..dah 5 mlm berturut2 Eina x dapat tidur..tengah hari pun x leh tidur..kalau leh tidur pun sejam dua je...jom layan resepi...


MASAK LEMAK CILI API BABAT(PERUT LEMBU) DENGAN REBUNG
Bahan-bahannya:-
300 gm babat - direbus hingga masak dan airnya dibuang
100 gm rebung jeruk (rebung yang direndam dengan air tuh)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit kunyit hidup
10 biji cili padi
1 cawan santan pekat
sedikit serbuk kunyit
Air secukupnya
Garam
2 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit

Cara-caranya:-

  1. Bawang merah,bawang putih,halia,kunyit hidup dan cili padi dikisar halus
  2. Masukkan semua bahan termasuk bahan kisar ke dalam periuk
  3. Masak hingga mendidih dan rebung masak sepenuhnya...
  4. Kuah hendaklah sentiasa dikacau agar kuah tidak pecah minyak...
  5. Dah siap..sedia dimakan bersama nasi hangat,sambal belacan dan ikan masin goreng...

10 comments:

Umm Mymoonah said...

Looks very creamy and delicious.

Mas said...

mas pun suka buat masak lemak perut lembu..sedapnya..
lama dah tak makan..

Ayu said...

Assalam eina, masak lemak cili api
memang my favourite..tapi akak tak reti makan rebung & babat..hehehe..
sabor ajelah kan..
alhamdullilah adik dah sembuh ya..

ady said...

as-salam eina.. wahhh..sedapnya LEMAK CILI API BABAT!!lauk ni kegemaran sekeluarga ady..

HomeKreation said...

Aslmkm. Kesian nya Eina penat, itu pun masih meluangkan masa utk kita org.... cayang Eina! Take care & semuga anak sempat sembuh. Sedap nya lauk... lama dah Along tak mkn perut lembu ni....nyum!

Deliah's Deli said...

smg cepat sembuh ya..iena pun jaga diri baik2 tau..org tua2 ckp musim buah sll org kn flu n demam..minum air masak lebih2..insyaalah semuanya ok nanti..:)

YANA SHAIFUL said...

cian mama eina..insyaAllah lepas ni adik sihat..cuaca tak menentu skg..kat umah ni en.hubby xsihat.. meragam mcm bdk2 jgk..hehee

eina said...

Umm Mymoonah: yup,it's very delicious dear..

Mas: ooo mas pun suka ek..hubby eina laa yg suka sgt msk lemak cili api perut lembu ni...kalau eina suka rebus n cicah air asam je..hehehe

ayu: waalaikummussalam...hehehe...sedap kak..akak cuba lah pulak ye...alhamdulillah,makin sihat dah...

ady: waalaikummussalam kak ady...iye kak ady,satu family feveret ek?senang akak masak ek..satu lauk pun dah cukup...

homekreation: waalaikummussalam along...insyaalllah along....tapi diri sdri memang rasa nak demam jugak..cayang along jugak!!!!muahss

Deliah: oo ye ke?musim buah mmg ramai org kena flu n demam??first time eina dengar...tapi mayb jugak kot kan..sejuk sgt makan buah byk..ahaks...
insyaallah..semuanya akan ok..pray 4 me ok my dear...

yana: tu lah yana..cuaca x menentu..en hubby pun demam jugok?merengek?hahaha..merengek nok tamboh adik kot...

J41 said...

akk xpnah msk perut lembu ni... penah mkn je... moga adik sentiasa sihat hendaknya.... amin

eina said...

kak jai:time kasih mendoakan..alhamdulillah adik dah sihat...