~Selamat Datang ke Dapur Eina & Family~






Terima Kasih Daun Keladi...

Wednesday, June 22, 2011

WANITA YANG TIDAK DISUKAI LELAKI...

kredit to mr google

Santapan rohani di pagi hari...sebenarnya Eina baru beli satu buku yang amat bagus isi kandungannya...amat sesuai untuk wanita mahupun lelaki...buku hasil karya Muhammad Jaya terbitan Kemilau Publika Sdn Bhd ini banyak membicarakan isu fikah kontemporari digabungkan dengan ilmu perubatan khusus untuk muslimah,merungkai persoalan yang selalu wanita malu2 untuk berbicara khususnya tentang alam perkahwinan,kaedah mencegah barah rahim,payudara,penyakit kelamin dan banyak lagi...bagus tau buku ni..memang Eina cadangkan kawan2 beli khas untuk santapan rohani kita....

Ye lah kan..selama ni asyik bagi santapan pada tubuh badan je...sekali sekala rohani kita pun nak makan jugak kan...


Di kesempatan masa yang Allah bagi pada Eina pagi ni (cewahhh)....Eina nak kongsi sikit antara satu bab kecil yang terkandung di dalam buku ini..moga menjadi panduan buat kita semua...

WANITA YANG TIDAK DISUKAI LELAKI
Terdapat beberapa jenis wanita yang tidak disukai lelaki kerana dianggap menyusahkan mereka.Adakah kita tergolong dalam golongan @ jenis2 di bawah?

  1. Jenis Tuan Puteri - Gayanya seperti seorang puteri.Wanita seperti ini sangat manja,ego,suka disanjung dan dilayani. Mereka mahu hidup senang.Jika menghadapi kesusahan, mereka terus down. Mereka tidak tahan hidup susah.
  2. Jenis Paranoid - Wanita seperti ini sentiasa mencurigai pasangannya.Telefon bimbit pasangan akan sentiasa diperiksa,dompet akan dibongkar,selalu cemburu dan mungkin juga pasangan akan disoal siasat seperti polis menyiasat pencuri. Wanita seperti ini biasanya sangat posesif dan merasakan dia saja yang memiliki pasangannya.
  3. Jenis Pengeluh - Wanita seperti ini sangat lemah. Apabila ada sahaja masalah, dia akan menangis semahunya. Apalagi jika si lelaki membentaknya,pasti sahaja dia akan menangis seperti anak kecil kehilangan gula-gula. Ditambah pula dia lebih senang lelaki menyelesaikan masalah untuknya.
  4. Jenis Penyampai Radio - Kegemarannya adalah mengumpat dan memfitnah.Ada-ada sahaja karenahnya yang membuat lelaki @ wanita lain menggeleng-gelengkan kepala. Hidupnya menjadi sepi dan tidak berwarna jika tidak dapat memburuk-burukkan orang lain.
  5. Jenis Gunung Ais - Jenis wanita seperti ini biasanya susah diajak berbicara. Bibirnya jarang tersenyum. Susah untuk mengajaknya bergurau senda apatah lagi menggodanya.

4 comments:

Nieza said...

wahh menarik buku tu...mudah-mudahan kita tidak tersenarai dlm golongan wanita yg bersifat demikian..insyaAllah...btw tq sharing dear:)

Yani said...

gud info.. jenis gunung ais tu tak pernah dgr lagi orang panggil gitu..

YANA SHAIFUL said...

Alhamdulillah kita tak masuk dlm golongan tersebut :-)..nnt nak cari gak buku tuu..

eina said...

nieza: insyaallah kak..most welcome:)

yani: tq..hehehe...eina pun 1st time dengar...

yana: alhamdulillah..:)