~Selamat Datang ke Dapur Eina & Family~






Terima Kasih Daun Keladi...

Sunday, March 13, 2011

PULUT SERI KAYA


Assalamualaikum n selamat malam...wahhh rindunya nak menulis n blog walking umah kawan-kawan semua..tapi x berkesempatan sejak akhir2 ni,maklumlah cuti sekolah dah bermula...jadi lappy n komputer di miliki sepenuhnya oleh 3 hero tuh...aduhaiii sabar je lah....

Sebenarnya pulut serikaya ni dah lama Eina buat,cuma segan nak letak sebab x seindah dan secantik yang kekandaku sayang ni buat....Eina skodeng resepi ni dari dapur Kak Yatie....kalau koranmg tengok yang dia buat,licin je potongannya..nampak sedap je..tapi Eina buat ni sememeh je nampak..sebab apa tau??x sempat sejuk kuih ni,baru je keluar pengukus,anak2 dah sibuk suruh potong...kuih talam macam ni memang menjadi kuih feveret dorang...sekejap je setengah talam dah licin...kalau nak tengok yang lagi cantik kuihnye sila ke umah Kak Yatie ye...

Kot ye pun,color kuih ni pun x cantik sebab umah Eina xde stock coklat emulco...jadi color lapisan atas tu bergantung kepada color gula merah je lah...tu pun Eina x pakai gula merah tapi gula kabung..hehehe....

Kak Yatie,mintak halal ye Eina amik resepi sedapp ni..Eina minta izin untuk share kat sini pulak...tqvm dear...



PULUT SERI KAYA
Bahan lapisan bawah:-
2 cawan beras pulut
1 1/2 cawan santan cair( biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit je)
1/2 sk garam
1 sb minyak

Cara Untuk Lapisan Bawah:-

  1.  Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2.  Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  3.  Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pun boleh. Alas loyang dngn plastik.
  4.  Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5.  Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  6.  Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat. Siap untuk     dilapis dgn lapisan atas. (Eina tekan pakai plastik)
  7. Sementara menunggu lapisan bawah masak, bolehlah siapkan bahan2 utk lapisan atas

Bahan lapisan atas:-
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
3/4 cwn gula merah/brown sugar/gula melaka - Eina guna 4 keping gula kabung
1/2 cwn gula pasir
2 biji telur
2 cwn santan pekat
1 cwn air (utk di masak bersama gula merah dan gula pasir)
1/2 sk garam
sedikit coklat emulco(warna gelap sikit) - x letak,xde stok

Cara Untuk Lapisan Atas:-

  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cwn air dan tapiskan....sejukkan sebentar.
  2. Satukan tpng gandum, tpng beras dan tepung jagung ke dlm mangkuk besar.
  3. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam.
  4. Di ikuti dgn air gula yg telah sejuk.
  5. Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.(Eina pun blend)
  6. Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja)Sekali lagi dgn kukus yg    sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 20 minit saja.
  7. PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
  8. Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin.


6 comments:

HomeKreation said...

Salam Eina. Sedaaap ni... Along pun dh buat, seketoi mmg tak cukup.

eina said...

Waalaikummussalam along...tu lah pasal sedap kan..api yg eina nih sememeh sikit..hehehe

Umm Mymoonah said...

Assalammalaikum sister, That looks too delicious, I love the layers in this sweet. Following you sister :)

eina said...

Umm Mymoonah: tq dear....

Yatie said...

Assalammualaikum Eina,
Terliur je tngk kuih Eina ni..nmpk sedaplah..lama akak tak makan...kuih2 mcm ni mmng kena betul2 sejuk baru licin bila di potong..akak pun kdng2 tak sabar gak nak rasa..hehehhe..

eina said...

yatie: waalaikummussalam kak yatie..aduhai,malu rasanya kak..x cantik lgsg...hahaha..tapi mkn mmg sedap x leh nak cerita lah..ank2 mkn berebut2...hehehe...smpai x sempat tgu sejuk tu lah kak..sabau je la