~Selamat Datang ke Dapur Eina & Family~






Terima Kasih Daun Keladi...

Thursday, February 17, 2011

MEE KARI

Assalamualaikum.........wat pe tu??dah lunch ke??Hari ni Eina masak Mee Kari atas permintaan Along...tapi Mee Kari ni x cukup lengkap sebab Eina letak yang mana ada dalam freezer je...nak sedap lagi goreng tauhu and then potong nipis...pastu patikan ada sekali fishcake,telur rebus,bawang goreng dan tauhu kering(alaaa yang orang letak dalam yong tau fu tuh)..kalau bahan2 ni semua ada maka cukup lengkaplah mee kari tu..ekeke


Ok..jom kita tengok resepi ni ...mana la tau kan,ada yang teringin...ekekek

MEE KARI

Bahan-bahan nya:-
1 bungkus mee kuning - dicelur
1 biji kentang - didadu kecil
20 biji fishball - dibelah dua
4 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 sudu besar rempah kari ikan @ rempah kari daging - dikacau dengan sedikit air & dijadikan pes
3 cawan air
2 cawan santan pekat
2 ketul isi ayam - didadu kecil
10 ekor udang - dibuang kulit & kepalanya
100 gm isi kerang rebus
Garam
Gula
1 keping asam gelugor
 Minyak untuk menumis

Bahan-bahan hiasan:
Sawi - dipotong dan dicelur
Taugeh - dicelur
Daun sup & daun bawang
Cili merah - dipotong / dihiris nipis

Nampak x kerang yang menyorok2 tuu..malu2 pulak..ekekeke

Cara- caranya:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yang ditumbuk.Biar sehingga sedikit garing dan naik baunya
  2. Masukkan pula rempah 4 sekawan(bunga cengkih,bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga).
  3. Biar sebentar dan masukkan pula pes kari.Tumis hingga pes kari masak dan garing..pastikan pes kari betul2 masak ye..takut sakit perut pulak yang makan kari tu...
  4. Masukkan isi ayam,kentang dan air...Biar hingga mendidih dan kentang empuk serta ayam tadi masak
  5. Masukkan pula garam,gula,asam gelugor dan santan.
  6. Kacau sentiasa agar kuah tadi x "pecah minyak".
  7. Akhir sekali masukkan udang,fishball dan isi kerang rebus.
  8. Rasa kuah tadi..Kalau dah cukup rasanya,biar sehingga udang masak dan bolehlah ditutup api.
  9. Letakkan mee,bahan hiasan ke dalam bekas yang sesuai dan curahkan dengan kuah kari tadi...slurpppp..sedapppnye.....
Sila abaikan ekor taugeh tu ye..makcik lupa nak buang..hahaha

4 comments:

Unknown said...

wah sedapnya mee kari..baru jer mkn last week tapi terasa nk mkn lagi la...hehe

Awangku Johan said...

arghhh menyelerakan.. rasa nk beli jer n makan.. huhu... telan liuq ar.. huhu

Amie said...

oooo..assalamualaikum makcik eina...makcik amie datang ni nak minta kerang yang malu2 sembunyi dlm kuah kari...he he, salam kenal, lama tak makan kerang..

eina said...

awangku johan :hehehe..beli jgn x beli

amie: oo makcik amie..waalaikummussalam...adoyaii..dahabis laa..len x klau eina wat eina panggil amie datang makan ek..ekeke