~Selamat Datang ke Dapur Eina & Family~






Terima Kasih Daun Keladi...

Monday, January 16, 2012

KUIH SERIMUKA KEGEMARAN SI ANGAH

Dah berhari-hari angah mintak mama buatkan "kuih hijau yang ada pulut kat bawah".
"Mama,bila mama nak buat kuih hijau yang ada pulut kat bawah tu?Angah nak sangat makan,sedap kuih tu"...minta si Angah berulang kali...aduhai Angah,sian pulak mama dengar...mama x sempat la nak oii,nak godek2 dapur wat kuih...sejak ada baby Arfa,rutin harian agak berterabur dari biasa...hehehe...

Demi memenuhi permintaan Angah,Eina buatkan juga lah untuk minum petang semalam...kesian kan bila anak mintak kita buat...anak2 Eina biasanya prefer kuih @ masakan di rumah terutama nasi lemak dan kuih muih sebab dorang cakap kuih & nasi lemak yang beli x sedap..sabau je la kan...

Sebenarnya kuih serimuka ni satu family pun suka makan terutama En Hubby...rela x makan nasi kalau ada kuih yang dia suka,makan kuih je la keje dia..hehehe...resepi yang sedap ni Eina amik dari dapur Kak Yatie ... Kak Yatie pulak amik dari dapur Chef Hanieliza ...tq ye kakak2 berdua...memang x mengecewakan resepi ni...sedapppp dan menjadi...Angah makan x henti2...tapi kan,potongan kuih ni x cantik laaa,belum sempat kuih sejuk,Angah dah merengek mintak nak makan...


Kak Yatie , Eina mintak C&P ye untuk rujukan di masa akan datang...

KUIH SERIMUKA
Lapisan Bawah:
  • 2 cawan pulut
  • 2 1/2 cawan santan cair ( saya guna 1 1/2 cwn je..) -Eina pun guna 1 1/2 cawan je
  • sedikit garam
Cara
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
  3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
  4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Lapisan Atas:
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan jus pandan + warna hijau
  • 3/4 cawan gula
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kastad
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
Cara-Cara
  1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
**Utk adunan ni saya masak sebentar di atas api perlahan sehingga berwap sahaja dan tuangkan di atas lapisan pulut tadi. Kukus lagi selama 20 minit dngn api sederhana.
Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.  - Eina pun wat cam Kak Yatie,masak sebentar di atas api perlahan



Makan kuih serimuka ngan minum White Coffee..sedapppp..meh sama2 kita tambah lemak yg sedia ada...hihihi

Thursday, January 12, 2012

YA ALLAH,KAU SEMBUHKANLAH DIA...


Assalamualaikum semua...minta maaf banyak2 sebab semenjak dua menjak ni Eina jarang update Dari Dapur MamaEina...sebenarnya banyak kejadian yang berlaku kebelakangan ni...emmm Allah sedang menguji kami sekeluarga...kebahagiaan dan keceriaan menerima baby baru x setimpal rasanya dengan kesedihan kami sekeluarga...

Hmmm..macam mana nak mulakan ye...

Kesedihan kami bermula apabila kami diuji dengan keadaan baby yang keluar masuk wad disebabkan jaundice yang tinggi...kehidupan Eina hanya di wad..keluar wad berulang alik pula ke hospital....setelah 3x keluar masuk wad,doktor rujuk kes baby ke klinik pakar kanak2...setelah pelbagai test, doktor pakar cakap salur kencing baby Arfa rupanya ada kuman dan perlu diberi antibiotik selama 7 hari..aduhai sian baby,kecik2 dah kena makan ubat...

Then,pada 15/12/11...petang yang redup,Eina tengah sidai kain masa tu...tiba2 telefon berdering,tengok anak buah Eina yang call...macam biasa pick up dan rupanya berita sedih yang menunggu...AYAH Eina di kampung diserang sakit jantung ketika dia tengah drive kereta...jantung dia dah berhenti selama
10 minit....Ya Allah,apa dugaan yang aku terima ni?macam orang xde iman rasanya bila dipikir2 balik...


keadaan ayah semasa koma di wad CCU HRPZ 2

Perasaan masa tu bercampur aduk sebab esoknya Eina kena bawak baby Arfa jumpa doktor pakar...apa yang patut aku buat,baby x sihat,ayah pulak koma di kampung...setelah berbincang dengan kakak Eina di kampung,kami capai kata sepakat...Eina bawak baby pergi jumpa pakar dulu esok dan lepas tu terus rushing balik kampung....sampai je Bukit Tujuh,kereta Eina pulak terbabas langgar divider...nasib baik sikit je..haishh macam2...







Sampai kat kampung,rehat jap then terus ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2...alangkah luluhnya hati melihat keadaan ayah masa tu...selama 11 hari ayah koma,mak dan kami adik beradik berendam air mata dan berkampung di hospital...hari ke 12,ayah mula sedar tapi masih lemah...hari ke 14 ayah dipindahkan ke wad pemulihan...hari ke 15 ayah dipindahkan ke Hospital Pasir Mas sebab kesihatan ayah semakin baik...11 hari ayah di Hospital Pasir Mas,alhamdulillah doktor membenarkan ayah keluar wad...

Namun,sekali lagi bila Eina call kakak pagi tadi,kakak cakap ayah dimasukkan ke wad balik malam tadi sebab ayah mula sesak nafas balik..aduhai,Allah je tau..hari ni memang xde mood je rasa...fikiran melayang ke kampung teringatkan ayah...Ya Allah,Kau sembuhkan lah ayah ku...panjang kan lah umurnya kerana kami masih memerlukan dia dalam hidup kami...

Sorry sangat2 kalau tulisan Eina hari ni tunggang terbalik..perasaan Eina bercampur baur..namun hanya satu yg ingin dipinta dari kalian...tolong doakan moga ayah Eina cepat sembuh ye...moga dengan doa anda semua,kesihatan ayah Eina semakin baik...