~Selamat Datang ke Dapur Eina & Family~
Terima Kasih Daun Keladi...
Showing posts with label Kambing. Show all posts
Showing posts with label Kambing. Show all posts
Saturday, November 13, 2010
SUP KAMBING MAMAK
Salam di petang Sabtu...Dah lunch ke belum?soalan maut ape kan?ade ke petang2 tya da mkn tgh hr ke belum?msti la org dah nak minum petang lak kan....haishh dak Eina nih...
Eina nak cepat ni..nak g kelas lak..so x leh nak bebel2 la hr ni ek..hari ni Eina msk SUP KAMBING MAMAK atas request mr hubby...dulu da penah buat...tp x ingat g campak kat mane resepi tu..td merempit la ke dapur2 senior2 blogger...terjumpa lak kat dapur Kak Ina KL...tp klau x silap Kak Ina wat sup tulang lembu..ye ke?x ingat lah..tp ape yg penting Eina mmg terjumpa resepi ni kat blog Kak Ina KL...so terus jatuh CENTA!!!!..menurut Kak Ina KL...die dpt resepi ni dr Chef Hanieliza...hubby kate mmg sedappppp..2 thums up 2 both of u sis..chef Hanieliza n Kak Ina KL..tp Eina ade olah @ derhaka skt resepi ni..hehehe..ampunnnn!!!
So,jom kite share resepi ni...Kak Ina..mtk izin C&P ye..tocheeee....
SUP KAMBING MAMAK
sumber : Kak Ina KL
resepi asal : Chef Hanieliza
Bahan2 nye :-
1 kg daging kambing
2 sudu besar minyak makan
3 sudu besar rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]-akak guna rempah kurma..tak de stoklah rempah sup (eina guna 1 paket kecil rempah sup adabi + 1 paket kecil rempah kurma adabi+air)
4 biji kentang [belah 4]-tak letak sebab tak ada stok - same lah kite,xde stok..hehehe
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]
2 biji tomato [belah 4]
garam
bawang goreng - pun x letak,xde stok
air secukupnya
4 helai daun pandan - ni Eina tambah
Bahan tumbuk
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
1 s/k lada hitam
Bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
akak tambah : 1 bungkus sup bunjut tulang, sebatang daun saderi di potong kecil, 1 batang lobak merah di potong memanjang, sedikit bunga kobis dan 1 biji bawang besar yang di hiris panjang
# eina pun tambah sup bunjut & 1 biji bawang besar
Cara2 nye:-
1. Daging kambing dipotongkan kecil. Basuh dan toskan. Kemudian direbus di dalam periuk sehingga empuk.Eina rebus dgn daun pandan utk menghilangkan bau hamis kambing...
2. Di dalam kuali lain,panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk, hirisan bawang besar, sup punjut dan rempah tumis. Eina tumis dalam kuali baru sedap...Tumis sampai garing..
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata. Masukkan sedikit air.
4. Biarkan rempah2 tumis tadi merenih sekejap barulah di masukkan ke dalam periuk berisi daging kambing dan masukkan rempah yang telah di tumis bersama 1 biji tomato yang di belah 6 dan sedikit batang saderi.
5. Rebuskan sehingga tulang betul-betul lembut. Akak rebus dalam 1-1 1/2 jam dengan api perlahan.
6. Masukkan kentang, carrot, air dan garam. Biarkan mendidih.
7. Biarkan reneh sehingga saderi dan carrot lembut.
8. Tutup api dan masukkan tomato.
9. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng,daun sup & daun bawang.
Monday, November 8, 2010
KARI KAMBING MAMAK STYLE
Salam manis di malam Isnin...lahai Eina oiiii...Lamo bonar x update blog...dah bersawang dah..nak masuk td pun kena vacume,sapu bagai..hahaha....
Nape la dibiar blog bersawang ek???? Sebenarnya kan..lappy xde..cik hubby bwk g outstation..yg ade kat umah ni pc yg dah tua tuh..nak upload gamba pun x dapet..hehehe
Sebab2 lain,malas..blh caye ke?hehehe..masak tetap masak..but lately...cehhh ckp omputih plk tuh...mmg kebelakangan ni Eina sdkt busy..ada la keje nye kan..hihihi..shhh biarlah rahsia...Hari ni atas permintaan cik hubby...Eina masak la Kari Kambing...haaa makan pun bertambah..amik ko...shhh diam2 tau..ni rahsia..die mmg suke mkn kambing esp kari kambing camni...tp Eina sori la nak mkn...mmg x leh nak accept benda ni.. ..da try mkn byk x,tp tekak n deria rasa Eina x leh nak terima..rasa nak terkeluar balik je..n mmg akn keluar..hahaha..cik hubby penah paksa Eina mkn byk x...tp mmg mtk maap la byk2..mmg x gemar benda ni...
Sebenarnye resepi ni sama je ngan KARI AYAM MAMAK STYLE yg Eina penah buat sebelum ni...cuma replace ngan daging kambing je..so Eina C&P je la ek...
KARI KAMBING MAMAK STYLE
Bahan-bahannya :-
1kg daging kambing- dipotong mengikut saiz yg anda suka ,dibersihkan & ditos
Bahan a)
10 ulas bawang putih - diblender
3 inci halia - diblender
Bahan b)
1 biji bawang besar - dihiris
4 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
Bahan c)
2 biji tomato - dihiris
2 batang serai - dititik
2 helai daun pandan
Bahan d)
8 sudu besar serbuk kari ayam Baba's
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit serbuk cili kering
2 biji ubi kentang - dipotong dadu
3/4 cwn santan pekat
Bahan e)
serbuk lada hitam
serbuk lada sulah
serbuk ketumbar
serbuk jintan manis
garam
Cara2 :-
1. Tumis bahan a hingga naik bau
2. Masukkan bahan b & bahan c.Tumis hingga daun kari garing
3. Masukkan daging kambing & ubi kentang.Tutup periuk.Masa menumis daging kambing ni msti anda mula terbau aromanya...memang wangi..emmmm...Tumis lebih kurang 3 minit.Masak dengan api perlahan.Tambah air mengikut kuantiti kuah yg anda inginkan.Tutup periuk & biar mendidih
4. Masukkan bahan d & bahan e. Masak hingga ramuan rempah masak sebati.Selalu tutup periuk &masak dengan api perlahan
5. Bila kuah kari & daging kambing dah masak,baru masukkan santan & garam
6. Selalu dikacau agar kuah tidak naik minyak.Tutup api
#Boleh dihidangkan dengan apa saja hidangan yg anda suka spt roti canai,roti arab,nasi panas,nasi beriyani,roti jala,nasi himpit etc...SELAMAT MENCUBA...
Subscribe to:
Posts (Atom)