~Selamat Datang ke Dapur Eina & Family~






Terima Kasih Daun Keladi...

Monday, November 8, 2010

KARI KAMBING MAMAK STYLE



Salam manis di  malam Isnin...lahai Eina oiiii...Lamo bonar x update blog...dah bersawang dah..nak masuk td pun kena vacume,sapu bagai..hahaha....

Nape la dibiar blog bersawang ek???? Sebenarnya kan..lappy xde..cik hubby bwk g outstation..yg ade kat umah ni pc yg dah tua tuh..nak upload gamba pun x dapet..hehehe

Sebab2 lain,malas..blh caye ke?hehehe..masak tetap masak..but lately...cehhh ckp omputih plk tuh...mmg kebelakangan ni Eina sdkt busy..ada la keje nye kan..hihihi..shhh biarlah rahsia...Hari ni atas permintaan cik hubby...Eina masak la Kari Kambing...haaa makan pun bertambah..amik ko...shhh diam2 tau..ni rahsia..die mmg suke mkn kambing esp kari kambing camni...tp Eina sori la nak mkn...mmg x leh nak accept benda ni.. ..da try mkn byk x,tp tekak n deria rasa Eina x leh nak terima..rasa nak terkeluar balik je..n mmg akn keluar..hahaha..cik hubby penah paksa Eina mkn byk x...tp mmg mtk maap la byk2..mmg x gemar benda ni...

Sebenarnye resepi ni sama je ngan KARI AYAM MAMAK STYLE yg Eina penah buat sebelum ni...cuma replace ngan daging kambing je..so Eina C&P je la ek...


KARI KAMBING MAMAK STYLE


Bahan-bahannya :-

1kg daging kambing- dipotong mengikut saiz yg anda suka ,dibersihkan & ditos



Bahan a)

10 ulas bawang putih - diblender

3 inci halia - diblender


Bahan b)

1 biji bawang besar - dihiris

4 tangkai daun kari

1 batang kayu manis

3 kuntum bunga lawang


Bahan c)

2 biji tomato - dihiris

2 batang serai - dititik

2 helai daun pandan


Bahan d)

8 sudu besar serbuk kari ayam Baba's

1/2 sudu kecil serbuk kunyit

sedikit serbuk cili kering

2 biji ubi kentang - dipotong dadu

3/4 cwn santan pekat


Bahan e)

serbuk lada hitam

serbuk lada sulah

serbuk ketumbar

serbuk jintan manis

garam



Cara2 :-

1. Tumis bahan a hingga naik bau

2. Masukkan bahan b & bahan c.Tumis hingga daun kari garing

3. Masukkan daging kambing & ubi kentang.Tutup periuk.Masa menumis daging kambing ni msti anda mula terbau aromanya...memang wangi..emmmm...Tumis lebih kurang 3 minit.Masak dengan api perlahan.Tambah air mengikut kuantiti kuah yg anda inginkan.Tutup periuk & biar mendidih

4. Masukkan bahan d & bahan e. Masak hingga ramuan rempah masak sebati.Selalu tutup periuk &masak dengan api perlahan

5. Bila kuah kari & daging kambing dah masak,baru masukkan santan & garam

6. Selalu dikacau agar kuah tidak naik minyak.Tutup api


#Boleh dihidangkan dengan apa saja hidangan yg anda suka spt roti canai,roti arab,nasi panas,nasi beriyani,roti jala,nasi himpit etc...SELAMAT MENCUBA...

No comments: