Dugaan demi dugaan yang Allah uji untuk kami sekeluarga...hanya sabar dan doa yang dapat dipanjatkan...Malam kelmarin,tetiba je Eina bleeding,hubby pulak keje...Tuhan je tau ,cuak,sedih,takut n kepala dah fikir macam2...nak pegi hospital masa tu gak,anak2 dah tidur n xde sapa nak jaga...nak x nak terpaksa la kami tunggu pagi n biar anak2 pegi sekolah dulu...after anak2 g school,kami rushing ke hospital n siap kena marah ngan Mrs Doc sebab melambatkan & mungkin menyebabkan keadaan yang tidak diingini berlaku...
Ya Allah,Tuhan je tau perasaan Eina & En Hubby...kitaorang takut sangat...lepas checkup demi checkup & Mrs Doc pun scan...Alhamdulillah Mrs Doc cakap baby ok,sihat & bergerak...Ya Allah,masa tu rasa terus nak buat sujud syukur...tengok pulak baby tengah hisap jari dia...rasa nak mengalir air mata..terima kasih Ya Allah,kerana masih membenarkan anakku melihat dunia nanti...
Then after check up kami balik rumah...anak2 pun balik dari sek PASTI...masa nak bukak uniform sek si Alang...Eina terpegang dahi dia..Ya Allah,anak aku demam...amik Doraemon (panggilan untuk termometer) & terus amik suhu badan dia...38.8'C...hah amik kau...kalut la pulak pujuk dia makan ubat...petang tu dia ok dah sikit,but then bila malam..kul 11 malam tadi,Eina tengah solat Isyak,tiba2 dengar dia nangis,masa tu dia dah tido...usai solat,Eina pegi dapatkan dia yang tengah berpangku dengan En Hubby...rupanya En Hubby dah amik temp dia..En Hubby kata dah 40'C...berlari la pulak mama dia ni g amik ubat "bontot"...terus masuk & jelum air x berenti...malam tadi memang x tido langsung...
Pagi ni rasa nak pengsan letih sangat...bawak Alang pulak g klinik...on da way balik dari klinik,dapat call dari Cikgu PASTI mengatakan Angah pulak demam kat sekolah...terus amik dia pulak kat sekolah..haishh macam2...
Sampai kat umah.,..telefon berdering lagi,Cikgu sek Along pulak call..Along pitam kat sekolah & demam..mak aiii....rasa nak menjerit..apa niiiii?????tunggu cikgu dia hantar dari sekolah...Along balik dah nangis2...bagi dia lunch,then suruh dia tido jap...pastu petang ni En Hubby sorang2 bawak dua beradik tu g hospital..Eina dah x larat...so 4 now...xde Entry masak2 ye..kami beli kedai je,x pun goreng telur..Eina pun x sihat sangat lagi..sorry guys..Allah sedang menguji..Alhamdulillah kami orang terpilih...