~Selamat Datang ke Dapur Eina & Family~






Terima Kasih Daun Keladi...

Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Wednesday, October 13, 2010

NASI AYAM EINA



Salam di petang Rabu...guano demo?sega belako ko?uiksss...kecek kelate meta...

Hahaha..Eina buang tebiat ke?mane x buang tebiat kalau 6 hari maraton x tido2 mlm..tiga2 heroes demam panas...mane x buang tebiat..semalam Eina sdri pulak demam...Suara pun dah seksi..auww..hahahha...ngan idung tersumbatnye..nak pitam rasa..tp demi ank2 bgn jugak la,masak..sian lak depa,kang lapar pulak kan...ikut kan hati mmg nampak tilam jek..hahahha..

Ok,hari ni Eina wat Nasi Ayam..saje nak pancing selera ank2 yg demam tu kan...tapi disebabkan makcik ni demam kan..makcik mtk maap la ek..makcik lupo nak snap gambar nasi tuh..adoiii..makcik dah nyanyuk...sori ek..len x Eina snap..

Hari ni Eina wat ayam ala-ala blackpepper skt...roasted lagi..hehehe..apa gune ada oven kan?xkan masa raye je baru nak kuarkan oven...hihihi..ngata diri sdri tuh...

Jom kite share resepi ni...

Ayam ala-ala Blackpepper...

NASI AYAM EINA

Bahan2 untuk nasi : -
2 cawan beras- dibasuh & ditoskan
2 - 2 1/2 cawan stok ayam @ air rebusan ayam - bergantung kepada jenis beras
1 kiub ayam
3 ulas bawang putih - diketuk
2 helai daun pandan - disimpul
1 sudu besar butter
Minyak untuk menumis
Garam

Cara2 membuat nasi untuk Nasi Ayam :-
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan butter & tumiskan bawang putih yg diketuk tadi . (x payah tgu smpai butter cair sepenuhnya,terus masukkan bawang putih tadi).

2. Tumis sekejap sahaja sehingga bawang putih naik bau, masukkan beras. Kacau2 sekejap.

3. Masukkan pula stok ayam @ air rebusan ayam, kiub ayam,garam dan daun pandan. Angkat dari dapur,terus letak dekat rice cooker & masak macam kite masak nasi putih biasa. Jangan kacau,nanti nasi pecah2 & hancur...

Bahan2 untuk Sup :-
1/2 ekor ayam
3 ulas bawang putih - diketuk
Air secukupnya
1 kiub ayam
Daun sup & daun bawang
Garam

Cara2 membuat sup :-
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk, biarkan menggelegak dan keluarkan ayam daripada kuah sup tadi.

Bahan2 untuk memerap ayam :-
1/2 ekor ayam - yg direbus tadi
1 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar
Sos Tiram
Kicap
1 sudu besar madu
Garam

Cara2 memasak ayam :-
1. Semua bahan digaul bersama dan diperap selama 2-3 jam

2. Bakar @ Goreng ayam hingga masak. Kalau bakar Eina bakar pada suhu 180'c selama 30-45 minit. Bergantung kepada jenis oven dan besar ayam...

3. Kalau nak bakar ayam,sebelum bakar,sapukan butter @ marjerin di sekeliling kulit ayam..nanti ayam akan nampak berminyak & moist...

Bahan2 untuk membuat sambal :-
3 biji cili masak @ cili merah
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Gula
Garam
1 sudu besar cuka makan
Air secukupnya
Sedikit campuran air + tepung jagung - untuk memekatkan sambal

Cara2 membuat sambal :-
1. Cili merah, bawang putih, bawang merah & halia diblender

2. Masukkan bahan2 yg diblender ke dalam periuk. Masukkan sedikit air, gula,garam dan cuka

3. Biarkan mendidih & sesuaikan mengikut rasa anda.

4. Akhir sekali masukkan campuran air dan tepung jagung untuk memekatkan sambal

Bahan2 untuk sos kicap :-
Kicap manis
Sedikit air stok ayam @ air rebusan ayam

Cara2 membuat sos kicap :-
Campurkan kicap dan air rebusan ayam di dalam periuk. Biarkan mendidih dan bolehlah diangkat.
 (air rebusan ayam tu jgn banyak2 ye,nanti sos kicap cair sangat pulak)

Haaa....senang x nak buat NASI AYAM EINA? senangkan...nanti jgn lupa hidangkan bersama daun salad,tomato dan timun..baru sedapppp...Selamat Mencuba...


Tuesday, October 12, 2010

BUBUR NASI



Chakkk!!! hahaha..nak main chak chak pulak...x senonoh,dah tua2 pun nak main chak,chak...percaya atau x,itulah rutin harian Eina..hehehe..main chak chak ngan ank2...tp sgt merindui saat2 itu coz sekrg dorang tgh demam & x larat nak main..sunyi pulak rasanya...angah pun hari ni baru dapat kembali ke sekolah...

Semalam Eina buat bubur nasi untuk diorang..x selera nak makan...sian dorang..mlm Eina goreng nasi je..tu pun dorang x layan...biasanya kalau goreng nasi berebut-rebut..kejap je habis..ape nak buatkan..dah xde selera...

Bubur nasi ni senang je..main campak2 je..jom kite share resepi yg simple ni,mana lah tau,korang nak buat utk ank2 kan...





BUBUR NASI

Bahan-bahannya :-
1/2 cwn beras - dibasuh & ditos
2 biji bawang merah - dihiris halus
1 ulas bawang putih - diketuk
Air secukupnya
Sedikit sayur campur
1/2 btg sederi/saleri - dipotong
1 kiub ayam
Minyak untuk menumis
Garam
Sedikit isi ayam
5-6 ekor udang
Daun sup

Cara2 membuatnya :-
1. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang putih & bawang merah.

2. Masukkan beras yg ditos tadi.Masukkan pula air secukupnya.Biarkan mendidih & beras tadi telah bertukar menjadi nasi bubur @ nasi lembik.

3. Masukkan ayam,garam & kiub ayam.Selalu dikacau agar nasi tidak berkerak di bahagian bawah. Biarkan sehingga ayam masak.

4. Masukkan pula sayur campur,saderi/saleri & udang. Apabila udang & sayur2 tadi masak,bolehlah ditutup api. Taburkan daun sup untuk penyedap rasa & aroma...