~Selamat Datang ke Dapur Eina & Family~






Terima Kasih Daun Keladi...

Thursday, February 3, 2011

ASAM LAKSA MAMAEINA

Assalamualaikum...buat apa tu??dah makan ke??Sorry la,lambat betul bersiaran hari ni...biasa la kan,bila anak-anak cuti sekolah...laptop n PC diorang yang punya lah...mama nak update blog pun x boleh..ekekeke...ni pun curi-curi guna..diorang tengah makan tuuu...hehehe

Hari ni Eina x boleh nak berceloteh banyak-banyak...kang x sempat nak tulis resepi pulak..diorang dah melalak nak pakai laptop...hehehe....hari ni Eina masak Asam Laksa...ni Asam Laksa versi Eina,lain orang lain caranya buat kuah laksa ni kan...ni pun main campak-campak je..apa yang ada dalam peti ais je...nak keluar beli barang kereta rosak pulak...macam-macam kan...biasa lah, x semua yang kita rancang tu akan menjadi kenyataan...hanya Allah yang mengetahui setiap ketentuan dan perjalanan kehidupan kita..betul x???


ASAM LAKSA MAMAEINA

Bahan-bahannya:-
Laksa secukupnya
1kg ikan sardin @ ikan kembung
1 ikat daun kesum - diambil daunnya sahaja
2 kuntum bunga kantan - dibelah 4
3 keping asam gelugor/asam keping
1/2 - 1 inci belacan - dikisar halus
10 biji bawang merah - dikisar halus
4 ulas bawang putih - dikisar halus
1/2 cawan cili kering kisar
Garam

Bahan hiasan / sampingan:-
Daun selom - dipotong
Cili merah @ cili padi - dipotong
Limau kasturi - dibelah dua
Telur rebus
Bawang besar- dimayang halus
Timun - dipotong 




Cara-cara membuat kuahnya:-
  1. Rebus ikan sardin @ ikan kembung sehingga empuk. Semasa anda merebus ikan,masukkan asam keping. Tujuan memasukkan asam keping adalah untuk membuang bau hanyir ikan tadi.
  2. Setelah ikan tadi empuk,keluarkan ikan dari periuk dan biarkan sejuk. Air rebusan ikan tadi jangan dibuang ye , ini adalah kerana air rebusan ikan tadi boleh dijadikan stok untuk kuah kita nanti.
  3. Ikan yang direbus tadi dibuang tulangnya dan kisar halus ikan tadi bersama air rebusan. Jangan kisar dengan asam keping tadi ye..hehehe...kisar dengan air rebusan je tau...
  4. Masukkan bahan-bahan yang dikisar halus,cili kering kisar,isi ikan yang dikisar dan air rebusan tadi ke dalam periuk.Kalau air rebusan tadi sedikit je,tambah la air sikit ye...ikut suka koranglah nak kuah banyak mana ye...
  5. Biarkan mendidih dan masukkan garam
  6. Masukkan pula bunga kantan dan daun kesom. Kacau dan biarkan bahan-bahan tadi mesra.
  7. Dah siap...pastu masukkan laksa,kuah dan bahan-bahan hiasan ke dalam mangkuk yang anda suka...pastu apa lagi??makan laaa....hehehe....

3 comments:

Unknown said...

wah sedap ni terliur dh mlm2 singgah sini...hehe

Deliah's Deli said...

iena,kite pun mkn ni smlm! seisi rumah suka...cuma kita x letak daun selom..lain kali blh cuba style ni :) kete dah sihat blm?

eina said...

nieza : hehehe..lain x singgah lagi mlm2..kang da susah..berkeroncong perut...hehehe

del : waa...sehati sejiwa ek del...kete lum sihat laa..bengkel tutup...hehehe