~Selamat Datang ke Dapur Eina & Family~






Terima Kasih Daun Keladi...

Tuesday, February 22, 2011

APPLE PIE



Assalamualaikum dan selamat pagi..dah breakfast ke??wahhh pagi2 lagi Eina gagahkan diri on air nih..ekekek...takut tengah hari sikit x sempat pulak..maklum lah bila anak2 dah balik sekolah berebut ngan dorang pulak kan PC ni..laptop x d repair lagi..haishhh....

Sebenarnya kan dah lama Eina wat apple pie ni..rasanya 2 minggu lepas..tapi baru berkesempatan nak share ngan kawan2 semua...sedap tau...tapi manis sikit..lain x kalau nak buat lagi,Eina nak kurangkan gula sikit....Eina dapat resepi ni dari myresepi tapi resepi Che Ah Mat Gebu yang dok kat Sedenak tuh...kalau nak tengok cara2 nya boleh klik kat sini...

Emmm sedapnye apple pie ni....terasa2 lagi kat tekak ni..anak2 pun memang suka..asyik suruh buat lagi je..hehehe..jom kite tengok resepinya..Che Mat,as usual la ye..C&P..mintak halal ek...


APPLE PIE MAT GEBU

Bahan-bahannya:- ( 10 orang ke atas )

6 biji epal hijau, dikupas kulit, potong 12 setiap 1 biji epal

200 g gula pasir

50 g kismis

20 g tepung jagung, bancuh dgn sedikit air


UNTUK DOH PIE :-

500 g tepung halus (tepung gandum pun boleh......)- eina buat guna tepung gandum

200 g mentega

2 biji telur Gred A, dikacau sedikit

250 g gula halus


Cara-cara nya:-

  1.  Dalam periuk masak gula pasir hingga cair dan keperangan. 
  2. Masukkan epal dan kismis. Gaul rata. 
  3.  Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.
  4. Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. 
  5. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi   sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Jangan bimbang jika telur tidah habis digunakan. 
  6. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.
  7. Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.
  8.  Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh.
  9. Tuangkan inti yang telah sejuk.
  10. Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, buat cara sama seperti cara no.7 & 8. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.
  11. Sejukkan pie sebelum dipotong. Selok2nya gunakan tin khas untuk membuat pie atau quiche yg dasarnya boleh ditanggal keluar

No comments: