Pesal la pulak si Eina nih letak nama meehoon sup tuh siap ada bidan terjun?Ada bidan terjun dari umah die ape?ekekeke..Sebenornye...malam tadi tibe2 hubby request nak mkn meehoon sup...masa tuh dah pukul 10.00pm...lahai,sabor je ler...dah mlm2 bute gini nak mkn meehoon sup?dgn malasnye Eina ni pun melangkah le ke dapur...x buat kang merajuk pulak...dgn langkah yg longlai aku menyelongkar peti ais..hahaha
Dan nak dijadikan cerita,jumpa la seketul daging n carrot je...sayur dah hbs?camne nih?sup kebenda nih?tibe2...
Tarraaaa!!!Jd jgk Meehoon Sup Bidan Terjun nih...
Jom kite share resepi yg simple nih...
MEEHOON SUP BIDAN TERJUN
Bahan2 Meehoon Sup Bidan Terjun :-
200 gm meehoon - dicelur
100 gm daging
2-3 biji telur
Garam
2 ulas bawang putih - diketuk
Sebarang jenis sayur cthnye kangkung,sawi n carrot - semalam Eina letak carrot je
1 sudu besar lada hitam - ditumbuk
Sedikit lada sulah
1 kiub ayam
Minyak utk menumis
Air secukupnye utk dijadikan kuah sup
Bahan2 Sambal Kicap :-
4-5 biji cili padi - dipotong2
1 biji limau kasturi
Kicap manis secukupnye
Cara2 membuat Meehoon Sup Bidan Terjun :-
1. Meehoon dicelur dgn air panas hingga lembut.Jgn lama sgt ye,nanti lembik pulak Meehoon tu
2. Panaskan minyak di dalam periuk.Tumiskan bawang putih sehingga naik baunya
3. Masukkan daging & kacau2 kan sekejap baru dimasukkan air.Masukkan air secukupnye uutk dijadikan kuah sup
4. Biarkan kuah tadi menggelegak & daging tadi masak dgn sempurna.
5. Masukkan carrot,lada hitam yg ditumbuk,lada sulah,garam & kiub ayam
6. Biarkan sehingga carrot 1/2 masak, masukkan pula telur satu persatu.Jgn kacau kuah tadi,nanti telur pecah...kalau telur pecah & bercampur dgn kuah,kuah jadi hanyir..maksud Eina,masukkan telur macam kite nak buat kari telur tu...
7. Rasa & jika telur tadi dah masak bolehlah ditutup api.
8. Letakkan meehon yg dicelur tadi ke dlm mangkuk, sendukkan kuah dan kalau nak sedap lagi, makan dgn sambal kicap...makan panas2 baru sodappppppppppppp!!!
Cara2 membuat Sambal Kicap :-
1. Potong @ tumbuk cili padi. Perahkan dgn sebiji limau kasturi
2. Masukkan kicap manis.
3. Sedia dihidang...
No comments:
Post a Comment