~Selamat Datang ke Dapur Eina & Family~






Terima Kasih Daun Keladi...

Thursday, June 30, 2011

MAMA BLEEDING...ANAK-ANAK HIGH FEVER...



Dugaan demi dugaan yang Allah uji untuk kami sekeluarga...hanya sabar dan doa yang dapat dipanjatkan...Malam kelmarin,tetiba je Eina bleeding,hubby pulak keje...Tuhan je tau ,cuak,sedih,takut n kepala dah fikir macam2...nak pegi hospital masa tu gak,anak2 dah tidur n xde sapa nak jaga...nak x nak terpaksa la kami tunggu pagi n biar anak2 pegi sekolah dulu...after anak2 g school,kami rushing ke hospital n siap kena marah ngan Mrs Doc sebab melambatkan & mungkin menyebabkan keadaan yang tidak diingini berlaku...

Ya Allah,Tuhan je tau perasaan Eina & En Hubby...kitaorang takut sangat...lepas checkup demi checkup & Mrs Doc pun scan...Alhamdulillah Mrs Doc cakap baby ok,sihat & bergerak...Ya Allah,masa tu rasa terus nak buat sujud syukur...tengok pulak baby tengah hisap jari dia...rasa nak mengalir air mata..terima kasih Ya Allah,kerana  masih membenarkan anakku melihat dunia nanti...

Then after check up kami balik rumah...anak2 pun balik dari sek PASTI...masa nak bukak uniform sek si Alang...Eina terpegang dahi dia..Ya Allah,anak aku demam...amik Doraemon (panggilan untuk termometer) & terus amik suhu badan dia...38.8'C...hah amik kau...kalut la pulak pujuk dia makan ubat...petang tu dia ok dah sikit,but then bila malam..kul 11 malam tadi,Eina tengah solat Isyak,tiba2 dengar dia nangis,masa tu dia dah tido...usai solat,Eina pegi dapatkan dia yang tengah berpangku dengan En Hubby...rupanya En Hubby dah amik temp dia..En Hubby kata dah 40'C...berlari la pulak mama dia ni g amik ubat "bontot"...terus masuk & jelum air x berenti...malam tadi memang x tido langsung...


Pagi ni rasa nak pengsan letih sangat...bawak Alang pulak g klinik...on da way balik dari klinik,dapat call dari Cikgu PASTI mengatakan Angah pulak demam kat sekolah...terus amik dia pulak kat sekolah..haishh macam2...

Sampai kat umah.,..telefon berdering lagi,Cikgu sek Along pulak call..Along pitam kat sekolah & demam..mak aiii....rasa nak menjerit..apa niiiii?????tunggu cikgu dia hantar dari sekolah...Along balik dah nangis2...bagi dia lunch,then suruh dia tido jap...pastu petang ni En Hubby sorang2 bawak dua beradik tu g hospital..Eina dah x larat...so 4 now...xde Entry masak2 ye..kami beli kedai je,x pun goreng telur..Eina pun x sihat sangat lagi..sorry guys..Allah sedang menguji..Alhamdulillah kami orang terpilih...

Sunday, June 26, 2011

SUKA-SUKI SUKAN ANAK2 PASTI 2011

Hari ni 1 hari lagi kami berjemur panas..dah sunburn gila muka nih...masak pun belum lagi...makan yang sek PASTI sediakan tadi..then petang ni goreng kopok lekor...jap2 lagi baru nak mula operasi kat dapur...x tau nak masak apa lagi ni....

Layan je lah ye gelagat anak2 ni....jangan muntah hijau sudah....tapi best gile sukan PASTI tahun ni...anak2 pun banyak hadiah...Encik Hubby pun x ketinggalan masuk acara..dia masuk acara tiup belon dapat 1st prize lagi...acara motor lambat dapat no 4...hehehe....

Alang excited nak start game...

Angah jadi tukang pegang bendera...

Sian Alang..dah la kecik..terkedek2 bawak bola yg besar dr dia..hihihi

Yeah..yeah..angah dapat no 1..ngan cikgu2 lari sama...

Yeayyy..dapat no 1...

Yeayyy..angah pun dapat no 1...

Alang tengah isi air dalam botol...

Koleksi hadiah tahun ni..yeahhh KAMI BOLEH...

Saturday, June 25, 2011

WARNA-WARNI SUKAN SK SERI KUNDANG 2011

Assalamualaikum..sorry lah ye..entry masak2 xde buat sementara waktu..bukan x masak,tapi masak yangsimple2 sangat cam goreng telur,goreng nasi...muahaha...tuan tanah busy campur MALAS sikit 2-3 hari nih..hari ni pulak 1 hari suntuk kat sek Along..ada hari sukan...bangga sangat sebab along jadi komander untuk pasukan PERKASA....nampak die dok berbaris tadi,rasa terharu je..ye lah kan..kita sebagai mak,mesti bangga x kira apa pun pencapaian anak kita kan...

Jom lah layan picture2 yang sempat snap tadi...penat wehhh..hari ni panas sangat...

Along merangkap komander pasukan PERKASA

Along & Alang (gelaran baru untuk adik)

Tengah bagi command sempat lagi tengok camera

Alang yang xde gigi sebuk kutip belon

Angah senyum terpaksa sebab baru lepas kena gigit semut (dia terpijak sarang semut)

Sorang Armor Hero,sorang Kamen Rider

Mama & Alang

Wednesday, June 22, 2011

WANITA YANG TIDAK DISUKAI LELAKI...

kredit to mr google

Santapan rohani di pagi hari...sebenarnya Eina baru beli satu buku yang amat bagus isi kandungannya...amat sesuai untuk wanita mahupun lelaki...buku hasil karya Muhammad Jaya terbitan Kemilau Publika Sdn Bhd ini banyak membicarakan isu fikah kontemporari digabungkan dengan ilmu perubatan khusus untuk muslimah,merungkai persoalan yang selalu wanita malu2 untuk berbicara khususnya tentang alam perkahwinan,kaedah mencegah barah rahim,payudara,penyakit kelamin dan banyak lagi...bagus tau buku ni..memang Eina cadangkan kawan2 beli khas untuk santapan rohani kita....

Ye lah kan..selama ni asyik bagi santapan pada tubuh badan je...sekali sekala rohani kita pun nak makan jugak kan...


Di kesempatan masa yang Allah bagi pada Eina pagi ni (cewahhh)....Eina nak kongsi sikit antara satu bab kecil yang terkandung di dalam buku ini..moga menjadi panduan buat kita semua...

WANITA YANG TIDAK DISUKAI LELAKI
Terdapat beberapa jenis wanita yang tidak disukai lelaki kerana dianggap menyusahkan mereka.Adakah kita tergolong dalam golongan @ jenis2 di bawah?

  1. Jenis Tuan Puteri - Gayanya seperti seorang puteri.Wanita seperti ini sangat manja,ego,suka disanjung dan dilayani. Mereka mahu hidup senang.Jika menghadapi kesusahan, mereka terus down. Mereka tidak tahan hidup susah.
  2. Jenis Paranoid - Wanita seperti ini sentiasa mencurigai pasangannya.Telefon bimbit pasangan akan sentiasa diperiksa,dompet akan dibongkar,selalu cemburu dan mungkin juga pasangan akan disoal siasat seperti polis menyiasat pencuri. Wanita seperti ini biasanya sangat posesif dan merasakan dia saja yang memiliki pasangannya.
  3. Jenis Pengeluh - Wanita seperti ini sangat lemah. Apabila ada sahaja masalah, dia akan menangis semahunya. Apalagi jika si lelaki membentaknya,pasti sahaja dia akan menangis seperti anak kecil kehilangan gula-gula. Ditambah pula dia lebih senang lelaki menyelesaikan masalah untuknya.
  4. Jenis Penyampai Radio - Kegemarannya adalah mengumpat dan memfitnah.Ada-ada sahaja karenahnya yang membuat lelaki @ wanita lain menggeleng-gelengkan kepala. Hidupnya menjadi sepi dan tidak berwarna jika tidak dapat memburuk-burukkan orang lain.
  5. Jenis Gunung Ais - Jenis wanita seperti ini biasanya susah diajak berbicara. Bibirnya jarang tersenyum. Susah untuk mengajaknya bergurau senda apatah lagi menggodanya.

Monday, June 20, 2011

MASAK LEMAK CILI API NANGKA MUDA & IKAN TALANG MASIN

Erkkk...dah petang ekkk??hihihi...lambat bersiaran hari ni...mak yung busy..ye la tuh busy...schedule penuh hari nih,adoyaiii penat pun ada...pagi  pegi checkup,balik checkup lipat baju,kemas rumah,masak...biasa la kan rutin harian...pastu basuh kain (tu pun mesin yang buat..hahaha)..sidai kain,amik anak balik sekolah..aduss....penat x habis lagi ni...

Korang masak apa ekk hari ni?Eina goreng ayam je, penat sangat...Masak Lemak Cili Api Nangka Muda & Ikan Talang Masin ni menu semalam..Ni kes teringin nak makan ni...balik keje semalam hubby pegi cari kat pasar bahan-bahan...hari ni pun continue makan lagi..lagi sedapp..kuah da pekat...hihihi...lauk ni lambat habis sebab Eina ngan Encik Hubby je yang makan...jom lah kita tengok resepi...main campak2 je ni..nak g blogwalking lak nih..hihihi

nampak x ikan talang yang nyorok2 manja tuh??

MASAK LEMAK CILI API NANGKA MUDA & IKAN TALANG MASIN
Bahan-bahan:-
200 gm nangka muda
100gm ikan talang masin - dipotong dan direndam sekejap
15-20 biji cili padi - diblender
Sedikit kunyit hidup - diblender
Sedikit serbuk kunyit
1 helai daun kunyit
2 batang serai - dititik
1 cawan santan pekat
Air secukupnya
Garam
1 sudu besar gula
1 keping asam gelugor

Cara-cara membuatnya:-
  1. Nangka muda dipotong ikut suka,kemudian dibasuh dan dimasukkan ke dalam periuk.
  2. Masukkan air dan 1 sudu besar gula...tujuan memasukkan gula adalah untuk mempercepatkan proses merebus nangka...ni petua orang2 tua..nanti nangka cepat empuk dan sedap...Biarkan nangka empuk dan toskan airnya
  3. Kemudian,masukkan semua bahan ke dalam periuk termasuklah nangka yang direbus tadi. 
  4. Kacau sentiasa agar santan x pecah minyak...awas,jangan letak garam terlalu banyak..takut "terover" masin sebab ikan talang tu kan masin...
  5. Bila kuah dah mendidih dan ikan talang tadi pun dah masak,bolehlah ditutup api..emm sedappp nyee...

Sunday, June 19, 2011

BLUEBERRY CHEESE TART BERBUNGA HIJAU & TIPS


Assalamualaikum and a very good morning....mood yang agak menggembirakan pagi ni...moga2 kegembiraan berterusan...biasa la kan kalau dah pregnant ni,mood tu tenggelam timbul...x tau la kenapa...kadang2 tersangat la sensitip nye makcik ni tapi yang paling ngeri nye...mood malas tu datang memanjang je..sabau je laa...masak lak asyik kena complain tawar je...haishhh,rasanya dah letak garam berkilo...ekekeke....

Nampak x cheese tart kat atas tu???comel x??muahaha...comotnye ya rabbi...maklumlah kan,mama ni kalut semacam...mood nak buat cheese tart ni datangnye dah pukul 7 petang...time tu lah nak mandi,time tu lah nak suap nasi anak,nak semayang maghrib n at the same time nak buat cheese tart....boleh ke gitu??x tau laa....

Comot kan???sebuk dengan 3 heroes tu lagi yang x sabar nak makan n nak deco...yang pecah pun ada shell die...si 3 heroes tu dok angkat2,belek2..and yang paling sadis,belum bubuh filling,habis dah 3@4 ketul shell dimakan dorang...Ya Allah,rasa nak pengsan tang tu jugak..sabau je laa...dah memang faveret dorang kan,apa nak kata,redha je laaa....

Blueberry Cheese Tart ni Eina buat khas untuk sambut father's day hari ni....Alhamdulillah,untuk 1st timer buat cheese tart,menjadi la jugak walaupun agak comot...cheese tart ni amatlah sedap..cam beli kat King's je...sebijik rasa die tau..rugi x cuba...memang berbaloi....sebenarnye dah berkurun lama Eina beli cream cheese ni,tapi disebabkan morning sickness nye pasal,hampir nak kejung cream cheese dlm peti ais...hahaha...

Sebenarnya,Eina dapat resepi ni dari blog my laling yang dok nun jauh kat Finland, mY laling Kak Nieza....akak,Eina mintak halal ye resepi ni...nak C&P je ni....Kak Nieza lak dapat resepi ni dari dapur Kak Azita, yang siap dengan demo dan tips sekali....tq ye kekanda berdua...memang mabeles...thumbs up!!!!

Tapi deco Eina ni lain pulak..warna green lak kat atas tu..hehehe,selongkar punya selongkar,warna purple da finish...so green color pun green color lah...jom2 layan resepi sedap nih..

fresh from cik oven

BLUEBERRY CHEESE TART

Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
(eina guna gula castor)
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak. (eina bakar dalam 20-25 minit)

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.


Cream Cheese Filling 

Bahan-bahan :
250gm cream cheese 
(eina guna brand tartura)
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.


Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman Kak Azita...) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan.JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.

HAPPY FATHER'S DAY !!!!


Dimulakan dengan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.......

Lamanya x berN3...Agaknye ada dalam 4 bulan...dok tenggelam timbul...Alhamdulillah morning sickness dah makin berkurangan...mood ke dapur pun dah makin baik,maklum je lah...dah 4 bulan x dapat masak yang special2 untuk anak2 dan suami...sian diorang,mama masak yang simple2 je...hehehe...

Sempena FATHER'S DAY hari ni....semalam Eina baked blueberry cheese tart special to En Hubby...tapi sedikit sedih sebab x dapat bagi my dad sebab beliau nun jauh kat Kelantan....Father in Law pulak lama dah xde....terasa rindu pulak pada FIL yang sungguh baik semasa beliau masih ada...kehilangan beliau amat kami rasai...moga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....Al-Fatihah untuk arwah MOHAMED JAAFAR BIN ABDUL GHANI...

Bersempena Father's Day hari ini....Eina ingin mengucapkan HAPPY FATHER'S DAY to my beloved Encik Hubby and also my dearest Ayoh....Baba (Encik Hubby),terima kasih kerana menjadi baba yang baik dan tegas serta sabar dalam mendidik dan membesarkan 3 heroes kita yang agak naughty....kami hargai apa yang baba lakukan selama ini...moga baba sentiasa diberikan kesihatan yang baik,panjang umur dan sentiasa berada dalam lindunganNya...aminnn

Buat Ayoh yang amat along sayangi...along really missed u...dah menitik air mata dah ni..adoyaiii...rasa x dapat nak teruskan dah...Alhamdulillah Ya Allah kerana memanjangkan umur Ayahku dan memberikan kesihatan yang baik kepada beliau....AYOH, SELAMAT HARI BAPA....terima kasih kerana menjadi ayah yang sungguh baik,memahami dan sabar dalam mendidik kami 5 beradik..sesungguhnya kami banyak menyusahkan ayoh selama ini...Allah saja yang dapat membalas jasa dan pengorbanan ayoh kepada kami selama ini...we really loved u ayoh....doa kami,moga Allah panjangkan umur ayoh sebab kami masih perlukan kasih sayang ayoh dalam hidup kami,moga Allah berikan kesihatan yang baik agar ayoh dapat beribadat dengan sempurna...Aminnn...

Dan buat semua papa/baba/daddy/ayah/abi....HAPPY FATHER'S DAY....moga menjadi ayah yang lebih baik di masa akan datang....

Encik Hubby

Ayoh