~Selamat Datang ke Dapur Eina & Family~






Terima Kasih Daun Keladi...

Thursday, January 12, 2012

YA ALLAH,KAU SEMBUHKANLAH DIA...


Assalamualaikum semua...minta maaf banyak2 sebab semenjak dua menjak ni Eina jarang update Dari Dapur MamaEina...sebenarnya banyak kejadian yang berlaku kebelakangan ni...emmm Allah sedang menguji kami sekeluarga...kebahagiaan dan keceriaan menerima baby baru x setimpal rasanya dengan kesedihan kami sekeluarga...

Hmmm..macam mana nak mulakan ye...

Kesedihan kami bermula apabila kami diuji dengan keadaan baby yang keluar masuk wad disebabkan jaundice yang tinggi...kehidupan Eina hanya di wad..keluar wad berulang alik pula ke hospital....setelah 3x keluar masuk wad,doktor rujuk kes baby ke klinik pakar kanak2...setelah pelbagai test, doktor pakar cakap salur kencing baby Arfa rupanya ada kuman dan perlu diberi antibiotik selama 7 hari..aduhai sian baby,kecik2 dah kena makan ubat...

Then,pada 15/12/11...petang yang redup,Eina tengah sidai kain masa tu...tiba2 telefon berdering,tengok anak buah Eina yang call...macam biasa pick up dan rupanya berita sedih yang menunggu...AYAH Eina di kampung diserang sakit jantung ketika dia tengah drive kereta...jantung dia dah berhenti selama
10 minit....Ya Allah,apa dugaan yang aku terima ni?macam orang xde iman rasanya bila dipikir2 balik...


keadaan ayah semasa koma di wad CCU HRPZ 2

Perasaan masa tu bercampur aduk sebab esoknya Eina kena bawak baby Arfa jumpa doktor pakar...apa yang patut aku buat,baby x sihat,ayah pulak koma di kampung...setelah berbincang dengan kakak Eina di kampung,kami capai kata sepakat...Eina bawak baby pergi jumpa pakar dulu esok dan lepas tu terus rushing balik kampung....sampai je Bukit Tujuh,kereta Eina pulak terbabas langgar divider...nasib baik sikit je..haishh macam2...







Sampai kat kampung,rehat jap then terus ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2...alangkah luluhnya hati melihat keadaan ayah masa tu...selama 11 hari ayah koma,mak dan kami adik beradik berendam air mata dan berkampung di hospital...hari ke 12,ayah mula sedar tapi masih lemah...hari ke 14 ayah dipindahkan ke wad pemulihan...hari ke 15 ayah dipindahkan ke Hospital Pasir Mas sebab kesihatan ayah semakin baik...11 hari ayah di Hospital Pasir Mas,alhamdulillah doktor membenarkan ayah keluar wad...

Namun,sekali lagi bila Eina call kakak pagi tadi,kakak cakap ayah dimasukkan ke wad balik malam tadi sebab ayah mula sesak nafas balik..aduhai,Allah je tau..hari ni memang xde mood je rasa...fikiran melayang ke kampung teringatkan ayah...Ya Allah,Kau sembuhkan lah ayah ku...panjang kan lah umurnya kerana kami masih memerlukan dia dalam hidup kami...

Sorry sangat2 kalau tulisan Eina hari ni tunggang terbalik..perasaan Eina bercampur baur..namun hanya satu yg ingin dipinta dari kalian...tolong doakan moga ayah Eina cepat sembuh ye...moga dengan doa anda semua,kesihatan ayah Eina semakin baik...

8 comments:

Kak Sam said...

Semoga Eina sekelurga tabah menghadapai segala dugaan yang datang. Dugaan yang diturunkan adalah bersesuaian dengan kemapuan hambaNya.

Sofea said...

Semoga eina sekeluarga tabah dalam menghadapi ujian dari Allah, didoakan agar anak & ayah eina cepat sembuh.

eina said...

kak sam:terima kasih atas keprihatinan akak...

sofea: terima kasih kak sofea ats doa akak..aminn

Ayu said...

Assalam eina,
sabar ya..semuga ayah & anak eina akan cepat sembuh ya..insyaallah..

Unknown said...

sabarlah eina..semua ni adalah dugaan utk hambanya yg tabah.akak pun sama sejak mak terlantar sakit stroke di kg sekrng ni hati memang tak keruan jer bila dok jauh ni nk blk selalu pun susah tapi kita hanya mampu berdoa dan tawakal pada Allah.semoga eina tabah yer.

eina said...

ayu; waalaikummussalam kak ayu..terima kasih ats doa yg akak panjatkan..aminn

nieza: laa ye ke kak?akak lg jauh ddk sana kan,mak plk sakit kat sini..moga mak akak cpt sembuh ye kak....

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Salam Eina..ini semua ujian..banyakan bersabar...selawat banyak sebagai penenang..Eina perlukan kekuatan dan lakukan seprti mana sunnah menyuruh hambaya apabila diuji begini.

Akak doakan semua selamat ya

eina said...

kak paty: terima ksh ats kata2 semangat n doa yg akak panjatkan..alhamdulillah,ayah eina dah beransur baik...