~Selamat Datang ke Dapur Eina & Family~






Terima Kasih Daun Keladi...

Monday, January 16, 2012

KUIH SERIMUKA KEGEMARAN SI ANGAH

Dah berhari-hari angah mintak mama buatkan "kuih hijau yang ada pulut kat bawah".
"Mama,bila mama nak buat kuih hijau yang ada pulut kat bawah tu?Angah nak sangat makan,sedap kuih tu"...minta si Angah berulang kali...aduhai Angah,sian pulak mama dengar...mama x sempat la nak oii,nak godek2 dapur wat kuih...sejak ada baby Arfa,rutin harian agak berterabur dari biasa...hehehe...

Demi memenuhi permintaan Angah,Eina buatkan juga lah untuk minum petang semalam...kesian kan bila anak mintak kita buat...anak2 Eina biasanya prefer kuih @ masakan di rumah terutama nasi lemak dan kuih muih sebab dorang cakap kuih & nasi lemak yang beli x sedap..sabau je la kan...

Sebenarnya kuih serimuka ni satu family pun suka makan terutama En Hubby...rela x makan nasi kalau ada kuih yang dia suka,makan kuih je la keje dia..hehehe...resepi yang sedap ni Eina amik dari dapur Kak Yatie ... Kak Yatie pulak amik dari dapur Chef Hanieliza ...tq ye kakak2 berdua...memang x mengecewakan resepi ni...sedapppp dan menjadi...Angah makan x henti2...tapi kan,potongan kuih ni x cantik laaa,belum sempat kuih sejuk,Angah dah merengek mintak nak makan...


Kak Yatie , Eina mintak C&P ye untuk rujukan di masa akan datang...

KUIH SERIMUKA
Lapisan Bawah:
  • 2 cawan pulut
  • 2 1/2 cawan santan cair ( saya guna 1 1/2 cwn je..) -Eina pun guna 1 1/2 cawan je
  • sedikit garam
Cara
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
  3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
  4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Lapisan Atas:
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan jus pandan + warna hijau
  • 3/4 cawan gula
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kastad
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
Cara-Cara
  1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
**Utk adunan ni saya masak sebentar di atas api perlahan sehingga berwap sahaja dan tuangkan di atas lapisan pulut tadi. Kukus lagi selama 20 minit dngn api sederhana.
Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.  - Eina pun wat cam Kak Yatie,masak sebentar di atas api perlahan



Makan kuih serimuka ngan minum White Coffee..sedapppp..meh sama2 kita tambah lemak yg sedia ada...hihihi

9 comments:

Chik Mimi said...

sedap ni eina ,akak punya pebret dah lama akak tak buat request si along

Yatie said...

Assalamualaikum Mamaeina,
uwaaa menjadi cantik kuih serimuka tu..terliur di buatnya...tahniah ada baby baru, mmng busy sikitkan..kena pandai bahagi2kan masa..

Unknown said...

sedapnya! kuih seri muka ni memang fav akak..lama dah tak buat ni..ada wat lbh tak eina?pos mai sini skit..hehe

eina said...

chik mimi: mmg sdp kak,mkn 3 4 potong pun selamba je...hihihi

yatie: waalaikummussalam kak yatie comei...waaaa malu giler...xde cantik nye kuih eina tu,potong pun x semenggah,x macam akak punya..kena berguru ngan akak nih..tp rasa dia x yah citer laa mmg wallahhh...

nieza: aaa my laling...ada lebih lg nih,nanti eina post g findland ekk wat buka pose..ekekeke..tp kan kak,smpai sana mau basi kuih tu,kena blaja buat kuih frozen la plk nampak gayanya...hihihi

izahdaut said...

eina.. apa khabar? lama tak jenguk e sini.. sedapnya kuih ni. smlm ternampak juga blioger lain buat kuih ni aiseh menggoda tauu.. tang kepala tu yg sedap tuuu

eina said...

khabar baik kak izah...mmg sedap tang kepala tu...lemak je kan...

Nora Shahaira said...

uih..kegemaran akak nora jugak ni..tapi sumpah belum pernah cuba masaknye..

eina said...

nora shahaira:ooh ye ke kak?ramai org suka kuih ni kan..btw,ank akak camne sekrg??

Unknown said...

hai ,,datang nak balas kunjungan
tq sebab melawat blog maiza yg x seberapa tu..hehe