~Selamat Datang ke Dapur Eina & Family~






Terima Kasih Daun Keladi...

Wednesday, February 8, 2012

AKU FINGSAN...!!!!

Ngee :) awat MamaEina fingsan ni ekk???..erk,baru dapat perkhabaran dari En Hubby yang dia kena outstation ke Melaka selama 2 bulan bermula bulan depan..aiyakk,tu yang MamaEina fingsan tuh...


Dalam hati dok mencongak2..(ye ke mencongak)....boleh ke aku jaga 4 heroes sekaligus ni sorang2?mak aii..kang tak pasal2 jadik tarzan dalam rumah ni kang....pape pun,terpaksa la MamaEina redha kan...En Hubby pegi pun untuk cari rezeki,untuk kami sekeluarga gak...

Caiyok..caiyok...kuatkan semangat...hehehe

Thursday, February 2, 2012

MCUG @ VCUG TEST AND ULTRASOUND OF ARFA (rentetan dr Jaundis yg tinggi)

Sungguh payah rasanya untuk dimulakan entry kali ni...tak tau nak dimulakan di mana...terasa macam 1 batu besar menghempap dada seorang yang bergelar ibu...masih terbayang kemanisan mengandungkan dan melahirkan si anak...namun pagi semalam,kemanisan itu bagaikan direntap dari diri ini...

Mengeluh???tidak sekali...namun sedikit kekecewaan bersarang dihati...namun hati ini masih kepada PenciptaNya...Ya Allah,aku redha jika ini ujian yang Engkau berikan...aduhai Arfa,Mama x sanggup lagi nak lihat adik dicucuk sana sini,digodek2 setiap inci tubuhmu semata2 untuk mengetahui penyakit apa yang ada ditubuh kecil mu...

Arfa Lutfillah 2 bulan

Tanggal 18/1/12 kami ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani MCUG Test dan Ultrasound KIDNEY untuk baby kami,Arfa Lutfillah....usai segala ujian,kami ke Paeds Clinic untuk berjumpa dengan Pakar Arfa,Doktor Zalilah...menurut Doktor Zalilah,result scan dah keluar dan menunjukkan sedikit abnormality di bahagian kiri kidney baby...sedikit kegusaran sudah bersarang namun untuk mengetahui problem sebenar,kami kena tunggu result MCUG...

Doktor menerangkan serba sedikit kemungkinan yang berlaku...mungkin juga baby mengalami VU (vesicoureteral) reflux ...maknanya disini (yang Eina faham lah ye), baby mengalami putaran kencing terbalik ,iaitu kencingnya x keluar tapi berbalik semula ke kidney dia...

Semalam,tanggal 1/2/12...doktor Zalilah call & cakap result MCUG dah keluar...berdebar rasanya,dalam hati Allah je yang tau (sambil berdoa moga xde yang buruk berlaku)...namun sangkaan saya meleset apabila doktor mengatakan baby mengalami VU (vesicoureteral) reflux grade 3..maknanya yang paling teruk..Allahhuakbar,terduduk Eina mendengarnya.... 

Doktor menyatakan dia akan berbincang dengan Pakar Perunding apa rawatan selanjutnya dan kami mungkin akan di "refer" ke pakar buah pinggang di HKL untuk menjalankan test selanjutnya sebab khuatir akan ada side effect dekat kidney baby....

Moga yang tebaik untuk baby Mama...Allah lebih mengetahui...kawan2 tolong doakan baby Eina cepat sembuh ye....

Untuk mengetahui apa itu MCUG test...sila klik disini ...